Pesawat Perancis Guna Minyak Masak Terpakai Bagi Kurangkan Pelepasan Karbon Di Udara | Pesawat jenis Airbus 350, AIR France-KLM dilaporkan telah menerbangkan pesawat tersebut dari Paris menggunakan bahan api bio bagi mengadaptasi penggunaan bahan bakar dengan pelepasan karbon yang agak rendah.

Pesawat Perancis Guna Minyak Masak Terpakai Bagi Kurangkan Pelepasan Karbon Di Udara

Langkah tersebut telah diambil oleh syarikat penerbangan berkenaan semasa pesawat jenis Airbus tersebut dijadualkan membuat penerbangan ke Montreal, Kanada berikutan pesawat tersebut dikatakan telah digerakkan dengan campuran 16% bahan bakar penerbangan lestari (sustainable aviation fuel atau SAF).

Penerbangan Air France 342 itu berlepas dari lapangan terbang Charles de Gaulle menggunakan bahan bakar tersebut yang dihasilkan oleh syarikat penapisan minyak Total di Perancis. Apa yang lebih mengejutkan, ia menggunakan minyak masak terpakai sebagai bahan bakar pesawat terbabit.

Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat penerbangan telah memulakan inisiatif ke arah mengurangkan pelepasan karbon di dalam sistem pengangkutan udara.

Bahan bakar pesawat terbabit telah dihasilkan daripada iojisim, atau bahan bakar sintetik boleh dikitar semula, berpotensi mengurangkan pelepasan karbon selepas penerbangan dari Perancis bakal mengetatkan penggunaan bahan bakar pesawat dengan membenarkan penggunaan 1% SAF di Eropah.

Ia berikutan matlamat Kesatuan Eropah (EU) untuk mencapai 2% penggunaan SAF pada 2025 dan 5% pada 2030 di bawah dasar hijau blok itu.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir syarikat penerbangan tradisional berusaha mengecualikan penerbangan secara jarak jauh dengan alasan syarat SAF yang hanya terpakai di Eropah itu mendedahkan mereka kepada persaingan asing yang tidak adil.

Kenyataan yang dikeluarkan telah menimbulkan kemarahan kepada syarikat penerbangan tambang rendah termasuk Ryanair, Wizz Air dan easyJet yang menulis kepada EU supaya meminta arahan tu dikenakan ke atas semua penerbangan dari Eropah.

Dalam erti kata lain, syarikat penerbangan mempunyai tanggungjawab yang besar kepada dunia dalam mengurangkan pelepasan karbon ke udara.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply