Petua Menghalau 7 Jenis Serangga Perosak Yang Sering Ditemui Dalam Rumah.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Kita semua mahu rumah kita bebas dari serangga perosak. Tetapi racun perosak yang dijual di kedai-kedai mengandungi bahan-bahan toksik dan berbahaya untuk digunakan di dalam kawasan rumah yang dihuni oleh keluarga dan haiwan peliharaan.

Serangga

Oleh sebab itulah, kami akan berkongsi beberapa petua untuk menghilangkan serangga di dalam rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah, selamat dan berkesan.

1. Lipas

Lipas bukan sahaja serangga perosak yang menjijikkan untuk dilihat di rumah. Tetapi mereka juga boleh membawa penyakit yang sangat berbahaya. Terdapat banyak produk yang anda boleh dapatkan dari kedai tetapi produk begini lazimnya mengandungi bahan toksik.

Serangga

Oleh itu, anda boleh cuba menghasilkan bahan penghalau lipas yang sangat murah dan selamat, dan yang paling penting, ia berfungsi dengan baik.

Serangga

Potong satu biji bawang dan tambahkan satu sudu serbuk penaik, dan letakkan campuran ini di sudut rumah anda. Isi semula bahan campuran ini setiap hari dan tidak lama lagi anda akan mendapati rumah anda bebas dari lipas.

2. Kutu

Kutu boleh dijumpai dalam pelbagai saiz dan warna. Adalah sangat penting untuk melindungi diri sendiri, keluarga, dan haiwan peliharaan dari serangga kecil ini kerana mereka mungkin sangat berbahaya. Jika anda tidak berminat untuk menggunakan racun perosak kimia pada kulit anda atau pada bulu haiwan peliharaan anda, cuba campuran semula jadi dan selamat ini.

Penghalau kutu untuk manusia

Campurkan 20 titisan pati minyak ros geranium (rose geranium essential oil), 10 titisan minyak pati sweetgrass, 5 titis pati minyak bunga lavender, 5 titisan citronella atau pati minyak lemon, dan satu sudu besar alkohol dan cairkan hingga 100 ml dengan cuka atau air dan letakkan ke dalam botol semburan. Goncang dengan sebaiknya dan semburkan pada pakaian anda sebelum keluar dari rumah.

Penghalau kutu untuk anjing

Anjing sering menjadi sasaran kutu jadi periksa haiwan peliharaan anda dengan kerap, terutama selepas berjalan di taman-taman.

Campurkan 20 titisan pati minyak ros geranium dan pati minyak pennyroyal dengan 2 sudu minyak badam dan letakkan beberapa titis campuran minyak ini pada anjing anda atau pada kolar mereka.

Amaran: Jangan gunakannya pada kucing atau haiwan yang sedang bunting.

3. Serangga perosak kebun

Serangga

Hama labah-labah dan hama taman boleh menyebabkan kerosakan besar pada taman anda dan semua usaha anda akan hancur dalam sekelip mata sahaja. Sudah tentu, terdapat banyak racun perosak yang tersedia di pasaran tetapi penggunaannya boleh membuatkan buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi kurang selamat.

Untuk menghasilkan racun perosak yang organik, campurkan 1/2 cawan lada benggala dengan 1/2 cawan bawang putih atau bawang, dan kisar sehingga menjadi pes. Kemudian, campurkan pes tersebut dengan 500 ml air suam. Biarkan campuran ini selama 24 jam di tempat yang hangat, kemudian bolehlah gunakan cecair ini untuk disembur kepada tumbuhan anda.

4. Labah-labah

Walaupun tiada labah-labah beracun di kawasan rumah anda, namun mereka tetap boleh masuk ke dalam rumah anda pada bila-bila masa sahaja. Walaupun dengan saiz yang kecil, ramai juga orang yang sebenarnya takut akan labah-labah.

Serangga

Penghalau semulajadi ini tidak akan membunuh labah-labah tetapi ia akan menghalaunya kerana mereka tidak menyukai bau yang kuat. Caranya adalah campurkan 5-10 titis minyak pudina ke dalam campuran 200 ml air dan 1/4 sudu cecair pencuci pakaian, goncangkannya dengan baik dan semburkan kawasan yang terlibat sekurang-kurangnya sekali seminggu sehingga semua labah-labah melarikan diri. Minyak daun pudina ini boleh juga digantikan dengan minyak eucalyptus, citronella, lavender atau minyak pokok teh (tea tree oil).

5. Semut

Semut boleh menjadi sangat menjengkelkan dan tiba-tiba muncul dari banyak pelosok rumah dan mereka sering kali menyelinap ke dapur atau almari simpanan makanan. Jika semut sedang menuju ke dapur anda, ada cara untuk menjadikannya kurang menarik untuk mereka.

Serangga

Jika anda masih belum tahu, semut sangat membenci aroma kulit kayu manis. Letakkan serbuk kayu manis di kawasan-kawasan yang anda fikir ‘laluan utama’ semut. Untuk hasil yang lebih berkesan, anda boleh menambah beberapa pati minyak bersama dengan serbuk kayu manis itu tadi. Sebagai kesan sampingan, anda juga akan mendapat bau yang sangat harum di rumah anda.

6. Hama habuk

Serangga ini mempunyai saiz yang sangat kecil sehingga kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar, tetapi malangnya, ini tidak bermakna mereka tidak berada di sekeliling kita. Mereka hidup dalam habuk di rumah dan lebih suka tempat yang hangat dan makanan kegemaran mereka adalah serpihan kulit-kulit mati manusia.

Jadi, anda rasa di mana tempat kegemaran mereka? Ya, di atas katil anda!

Walaupun hama habuk tidak menggigit, ramai pakar percaya bahawa mereka boleh menyebabkan reaksi alergi dan kerengsaan kulit. Walaupun anda tidak alah kepada mereka, kemungkinan besar anda lebih suka tidak berkongsi rumah dengan serangga yang kecil ini.

Serangga

Oleh itu, ‘resipi’ untuk menghalau mereka adalah dengan mencampurkan 6 sudu teh minyak kayu putih (eucalyptus oil) dengan 1.5 sudu teh cecair pencuci pakaian dalam 1 baldi air dan rendam barangan yang boleh dibasuh – kemudian basuh seperti biasa. Bagi barangan yang sukar untuk dibasuh, semburkannya dengan campuran ini dan lap dengan kain yang bersih.

Jika anda tidak suka bau minyak kayu putih, anda boleh menggantikannya dengan minyak pokok teh (tea tree oil), yang turut berkesan.

7. Kutu beras

Sekiranya anda meninggalkan tepung, bijirin atau beras yang tidak ditutup, anda mungkin akan menemui serangga kecil yang tidak diingini dalam makanan anda.

Kutu beras lebih suka tinggal di dalam bijirin dan gandum tetapi mereka juga boleh muncul dalam tepung atau campuran lempeng.

Anda tentu tidak mahu racun perosak kimia diletakkan berhampiran dengan makanan anda tetapi langkah yang akan kami kongsi ini boleh menjadi jalan penyelesaian yang baik untuk anda.

Kutu beras benar-benar tidak suka akan bau daun bay dan bunga cengkih. Letakkan sekuntum bunga cengkih atau daun bay di bahagian atas makanan anda dan di sekeliling bekas. Untuk memastikan serangga ini tidak datang lagi ke dalam makanan anda.

Serangga

Nah, inilah cara-cara yang boleh digunakan untuk menghalau kedatangan 7 jenis serangga yang tidak diingini di rumah kita. Apa lagi yang ditunggu? Mari kita mula siapkan bahan-bahannya!

Share.

Leave A Reply