Pihak Israel Menolak Pelaksanaan Gencatan Senjata | Akibat dari pentempuran yang dilihat seolah tidak ada penghujung, banyak pemimpin-pemimpin dunia termasuklah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencadangkan agar genjatan senjata dilaksanakan supaya segala serangan dihentikan dan tidak ada lagi nyawa yang terkorban. Namun, pelaksanaan genjatan senjata itu tidak diterima baik oleh pihak Israel.
Menurut seorang pegawai kanan Israel, dia berkata, Tel Alviv tidak komited untuk melaksanakan genjatan senjata dengan Palestin.
Kenyataan angkuh itu dibuat selepas kekejaman rejim Zionis di Genting Gaza memasuki minggu kedua yang menyaksikan angka korban terus meningkat kepada 212 termasuk 61 kanak-kanak dan 35 wanita.
Katanya, tiada rundingan, tiada cadangan dan tiada apa-apa di atas meja.
Tambah pegawai terbabit, orang tengah yang paling dipercayai untuk rundingan dengan Hamas ialah Mesir.
Mesir yang berkongsi sempadan dengan Gaza sebelum ini pernah menjadi orang tengah bagi genjatan senjata di antara Hamas dan Palestin.
Sementara itu, pegawai terbabit juga menyatakan bahawa tindakan keras terhadap Gaza tidak akan berakhir dalam tempoh yang terdekat.
Tambahnya, pihak mereka akan terus menyerang selama berbulan-bulan.
Sebelum itu, di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berhenti berbalas serangan dengan Palestin dan mendesak gencatan senjata segera dilakukan.
Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, Biden dalam panggilan telefon kepada Netanyahu menyatakan sokongan bagi genjatan senjata dan membincangkan pembabitan AS, Mesir dan sekutu lain.
Pada masa ini, Biden masih menolak untuk bergabung dengan pemimpin dunia lain, selain ramai ahli parti Demokrat menggesa supaya genjatan senjata dilakukan di Israel.
Presiden berusia 78 tahun itu juga mengulangi pendirian tegasnya yang menyokong Israel membedil Gaza sebagai tindakan mempertahankan diri.
Sumber: Sinar Harian