Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo menggesa agar gaji pegawai kerajaan dipotong bagi menangani masalah inflasi yang semakin membimbangkan ketika ini.

PM Korea Gesa Potong Gaji Pegawai Kerajaan Untuk Atasi Inflasi

Memetik laporan Yonhap News Agency, Han menyuarakan mengenai perkara tersebut di mesyuarat parlimen pada Isnin.

“Gaji pegawai kerajaan perlu diturunkan sedikit sebanyak dengan mengetatkan dasar fiskal.

“Apabila inflasi yang melambung tinggi berlaku disebabkan oleh penawaran dan permintaan, setiap orang perlu mengorbankan bahagian mereka,” katanya kepada ahli parlimen.

Beliau juga turut memberi respon kepada kenyataan Menteri Kewangan, Choo Kyung Ho yang sebelum ini telah menggesa firma swasta untuk mengelak daripada menaikkan gaji secara berlebihan dan memberikan amaran bahawa ia boleh mencetuskan inflasi.

Jelasnya, kerajaan berada dalam ‘kedudukan yang sukar’ untuk meminta firma swasta turut sama menyertai langkah mengurangkan inflasi.

Sementara itu, harga pengguna di negara terbabit meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh hampir 24 tahun pada bulan Julai lalu disebabkan harga tenaga dan makanan yang tinggi.

Malah, menurut data kerajaan, harga pengguna melonjak 6.3 peratus pada bulan lepas berbanding tahun sebelumnya.

Ia dikatakan meningkat daripada kenaikan 6 peratus pada bulan Jun.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply