Kemalangan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun berhampiran Balai Polis Tambun dekat sini, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita.

Polis Sedang Siasat Kemalangan, Tiba-Tiba Terhidu Bau Busuk. Rupa-Rupanya...

Mayat dalam keadaan hampir reput itu dijumpai di dalam longkang kira-kira tiga meter dari lokasi nahas.

Difahamkan, kemalangan kira-kira pukul 5 pagi itu membabitkan sebuah kereta Proton Saga Aeroback dipandu seorang lelaki dari arah Tanjung Rambutan yang terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

Siasatan polis trafik di lokasi nahas telah membawa kepada penemuan mayat itu selepas terhidu bau busuk.

Mayat masih lengkap berpakaian dan tanpa identiti itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas proses bedah siasat selesai dijalankan,” katanya.

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says 'POLIS FORENSIK POLIS PORM PDRM'

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, motorcycle, car and outdoors

May be an image of outdoors

May be an image of road and text that says 'AM UN'

Sumber : Kosmo

 

Share.

Leave A Reply