Polis Siasat Imej Borang Kebenaran Rentas Negeri Kosong Bertandatangan Yang Tular Semalam | Terbaru, tular sebuah tangkap layar di media sosial semalam memaparkan seorang wanita terima sekeping borang kebenaran rentas negeri yang kosong tetapi sudah bertandatangan oleh pihak berkuasa.

Susulan penularan imej tersebut, ramai warga maya mula mempersoalkan mengenainya yang juga melibatkan Ketua Polis Balai Polis Chukai.

Polis Siasat Imej Borang Kebenaran Rentas Negeri Kosong Bertandatangan Yang Tular Semalam

Berikutan kes berkenaan, ketua Polis Daerah Kemaman telah mengeluarkan satu siaran media bagi menjawab persoalan tersebut.

Pada 7 April 2021 (Rabu) telah tular borang rentas negeri Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu. Dimana satu borang rentas negeri kosong milik Balai Polis Chukai bertandatangan telah ditularkan di media sosial dengan tulisan “Dapat info SOP terbaru ialah approve dulu baru isi form”.

Siasatan awal yang dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Polis Chukai Insp. Mohamad Ramizan Bin Ramli.

Borang rentas negeri ini telah diberikan kepada seorang perempuan melayu untuk merentas negeri ke Kuala Lumpur dengan tujuan menghadiri temuduga mendapatkan pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April 2021.

Satu kertas siasatan polis dibuka di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan (pemalsuan bagi maksud hendak menipu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Polis Siasat Imej Borang Kebenaran Rentas Negeri Kosong Bertandatangan Yang Tular Semalam

Polis Siasat Imej Borang Kebenaran Rentas Negeri Kosong Bertandatangan Yang Tular Semalam

Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman

Share.

Leave A Reply