Presiden PaIestln, PBB Bincang Persetujuan Gencatan Senjata | Berikutan serangan udara lsraeI dilihat terus menerus menyerang orang awam yang tidak berdosa di Gaza, Presiden PaIestin Mahmoud Abbas kini sedang mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres bagi menggesa serangan dari pihak ZionIs tersebut dihentikan.

Presiden PaIestine, PBB Bincang Persetujuan Gencatan Senjata

Abbas serta Guterres saat ini sedang berusaha bagi megeluarkan pernyataan bagi mendesak pihak lsraeI supaya mencapai persetujuan gencatan senjata serta mendesak supaya menghentikan serangan ke atas Gaza menurut laporan media tempatan.

Abbas menjelaskan bahawa serangan kejam tentera lsraeI di Semenanjung Gaza telah menyebabkan kehancuran serta malapetaka yang dasyat dan dia juga menyifatkan bahawa mereka harus bertanggungjawab terhadap kejahatan yang telah dilakukan terhadap rakyat PaIestin.

Tambah beliau, adalah perlu untuk mereka melawan serangan yang telah dilakukan pendatang lsraeI yang telah disokong tentera di Baitulmaqdis serta mematahkan usaha mereka untuk merebut kediaman rakyat Palestin di kawasan Sheikh Jarrah.

Perbincangan di antara dua pemimpin tersebut membawa kepada mengadakan sesi Perhimpunan Agung PBB di New York pada Khamis serta PBB turut menyuarakan bahawa mereka akan segera melakukan segala usaha untuk mencapai persetujuan gencatan senjata, proses damai dan menyalurkan bantuan kemanusiaan segera kepada rakyat PaIestin.

Agensi berita antarabangsa telah melaporkan bahawa terdapat PaIestin kini telah mencapai 227 warganya yang terbunuh  dalam tempoh sepuluh hari lalu, termasuk 64 kanak-kanak, 38 wanita dan 17 warga emas, manakala 1,620 yang lain cedera.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply