Lelaki Kanibalisme Ditahan Pihak Berkuasa Makan 30 Wanita Selama 20 Tahun | Seorang lelaki yang mengamalkan kanibalisme akhirnya telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa. Lelaki bernama Andres Filomeno, 72, ditahan di perbandaran Atizapan de Zaragoza, 8 malam, Sabtu lalu.

Lelaki Kanibalisme Ditahan Pihak Berkuasa Makan 30 Wanita Selama 20 Tahun

Mexico: Dalam tempoh 20 tahun, lelaki itu dipercayai telah membunuh seramai 30 orang  wanita dan memakan mereka. Kegiatan itu telah terbongkar apabila pihak berkuasa diarahkan untuk ke rumah lelaki itu bagi menyiasat kehilangan seorang wanita sebelum menemukan mayat wanita yang telah dikerat berada di atas meja.

Berdasarkan siasatan lanjut mendapati suspek telah mengaku bahawa dia telah menyembelih seramai 30 orang wanita selama 20 tahun. Dia turut menyenaraikan nama setiap mangsanya di dalam sebuah buku. Filomeno juga mengaku mengamalkan kanibalisme dengan memakan bahagian mayat.

Pendakwa raya Dilcya Garcia berkata, pihak berkuasa menemui ruang bawah tanah dibina suspek dalam keadaan mengerikan yang mengandungi rangka manusia. Lima rangka mangsa telah ditemui dan sebuah buku nota yang tertera nama wanita berlainan.

Menurut polis, mereka hanya menemui lima rangka mangsa, serta belum menemui semua mayat lain yang didakwa dibunuh suspek. Polis turut menemui kad pengenalan diri dua wanita, Flor Nineveh dan Rubicela Gallegos Castillo, masing-masing dilaporkan hilang pada Oktober 2016 dan Julai 2019.

Suspek juga dikatakan mempunyai perangai yang pelik iaitu dia tidak dapat menerima sekiranya terdapat wanita cantik dan muda menolaknya.

Suspek kini ditahan Penjara Tlalnepantla atas tuduhan membunuh Reyna N yang mayatnya ditemui di kediaman lelaki itu.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply