Ini Surat Yang Hamas Hantar Kepada Jokowi Buat Ramai Sentap | Pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh kembali menulis surat kepada Presiden Jokowi pada Selasa lalu (18 Mei 2021). Ia adalah berkaitan peningkatan serangan lsraeI terhadap penduduk PaIestine baru ini.
SURAT KEPADA JOKOWI
Pertama, isi kandungan surat itu meminta supaya Presiden Jokowi untuk segera bertindak bagi mengumpul sokongan dari negara Arab, negara Islam serta komuniti antarabangsa. Tindakan ini bertujuan bagi menyatakan ketegasan mereka dalam menghentikan keganasan serta serangan tentera Zionls ke wilayah Jalur Gaza.
Jokowi dipinta untuk memberi sokongan serta mendesak lsraeI bagi menghentikam pengusiran terhadap warga PaIestine di Jurusalem. Ini termasuk diskriminasi perkauman serta menarik balik keputusan berkaitan pengambilalihan Sheikh Jarrah.
Beliau turut menyatakan bagaimana serangan kejam yang telah dilakukan tentera Zionls semasa mereka mula ‘bertapak’ di negara PaIestine iaitu sejak tahun 1948, sama ada di bandar Jurusalem mahupun Masjid Al-Aqsa.
Kronologi serangan tersebut bermula daripada pengusiran 28 keluarga rakyat PaIestine di wilayah Sheikh Jarrah selepas lsraeI sedang cuba untuk memperluaskan wilayah jajahan Yahudi.
Menurut Haniyeh penduduk lsraeI kini sedang meningkatkan strategi bagi mengendalikan Kota Jurusalem yang diduduki, menilai, mengubah ciri demografi serta mengeluarkan keputusan yang tidak adil.
DESAK ISRAEL LAKUKAN KEKERASAN DI AL-AQSA
Kedua, H4mas turut meminta supaya Presiden Jokowi, untuk terus mendesak lsraeI bagi menjauhi Al-Aqsa serta menghentikan kekerasan. Kekerasan yang banyak dilakukan terhadap jemaah yang sedang menjalankan ibadah di kawasan terbabit.
Menurut laporan dari Anodulu Agency, Haniyeh berharap agar Indonesia dapat menyatukan sokongan dari warga antarabangsa bagi meminta lsraeI supaya mundur dari Al-Aqsa.
Beliau berharap agar usaha yang dilakukan dapat memberikan kejayaan serta kemajuan yang berterusan kepada negara Indonesia.
Namun dilaporkan pihak Istana dari kediaman Presiden masih belum memberikan respond ke atas surat yang telah dikirimkan.
Sebelum ini, Indonesia, Malaysia serta Brunei telah menyatakan bahawa mereka mengutuk sekerasnya serangan yang telah dilakukan oleh tentera Zionls. Selain itu mereka juga membuat pernyataan bersama terhadap isu yang menimpa PaIestine.
ISLAM SELURUH DUNIA KENA BERSATU
Pada 10 Mei lalu, Haniyeh tekah meminta supaya Jokowi untuk terus mencari sokongan. Ini bertujuan supaya umat Islam bersatu dalam melawan kekerasan yang telah dilakukan Zionls ketika di bulan Ramadan.
Jumlah angka kematian bagi penduduk Palestin turut meningkat kepada 217 warga PaIestine termasuk 63 kanak-kanak serta 36 orang wanita. Manakala 1,400 yang lainnya telah mengalami cedera parag akibat serangan yang telah dilakukan.
Ketegangan telah berlaku di Jurusalem Timur ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan. Selepas berlaku serangan lsraeI terhadap jemaah yang sedang melakukan ibadah di kompleks Masjid Al-Aqsa serta linkungan di Sheikh Jarrah.
Sumber: Khalifah Media Networks via Turkinesia