Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu yang melakukan provokasi terhadap Islam di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Beliau menegaskan tindakan segera bagi memastikan perkara seumpama itu dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak.
Jelasnya, masyarakat Islam kita cukup marah dan kecewa. Sempadan batas agama, sensitiviti keagamaan dan kaum usah dibuat bahan mainan.
Katanya lagi, usahlah kita berperilaku yang melanggar dengan ajaran agama, adat ketimuran dan tatasusila. Pastikan untuk sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa perbuatan.
Beliau turut memaklumkan, pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera terhadap individu tersebut supaya perkara ini dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak.
Beliau mengulas penampilan individu yang memakai songkok seolah-olah mempersendakan agama menerusi pemakaiannya sempena KLFW di ibu negara.
Tindakan lelaki berbangsa Cina itu tular di media sosial apabila memakai songkok dengan baju separa bogel sehingga mengundang kecaman orang ramai.
Sumber: Berita Harian