Ramai Pelik Lelaki Ini Berendam 2 Jam Di Laut, Bila Ditanya Mengapa? Ini Jawapannya.. | Lelaki ini mendapat perhatian ramai gara-gara dia duduk berendam dalam laut selama 2 jam, pelik dengan tindakan itu, ramai tanya apa tujuan dan jawapan diberi memang tak disangka. Baca selanjutnya..

BERENDAM DALAM LAUT 

Balik Pulau – Seorang penduduk tempatan sanggup berendam selama dua jam di laut berdekatan Jeti Pulau Betong di sini hari ini berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

cuaca panas

Kehadiran lelaki berusia 40-an itu menarik perhatian kumpulan nelayan pantai di situ apabila sanggup turun ke laut dalam keadaan cuaca panas sekitar pukul 3 petang.

Dia hanya mahu dikenali sebagai Rambo berkata, dia ke situ semata-mata untuk menyejukkan badan disebabkan cuaca yang terlampau panas sejak akhir-akhir ini.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memberitahu, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga pertengahan Mac depan dengan taburan hujan agak rendah di Semenanjung Malaysia terutamanya di utara Semenanjung.

Keadaan cuaca agak panas yang dialami di kebanyakan kawasan dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula pertengahan April depan.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply