Reaktor Peleburan Nukleur Buatan China Berjaya Catat Suhu Tertinggi Dunia | Reaktor peleburan nukleur hasil buatan China telah berjaya mencatat rekod dunia yang terbaru apabila kepanasan yang dihasilkan mencatat sebagai suhu tertinggi dunia.

Reaktor Peleburan Nukleur Buatan China Berjaya Catat Suhu Tertinggi Dunia

Reaktor itu turut dikenali sebagai ‘Matahari Buatan China’ kerana suhunya mampu mencecah sehingga 120 darjah celcius selama 100 saat. Proses tersebut turut mencapai suhu tertinggi 160 juta darjah Celcius atau 10 kali ganda lebih panas daripada suhu Matahari.

Saintis-saintis China yang terlibat dalam penghasilan uji kaji yang diberikan nama  Tokamak Eksperimen Lanjutan Superkonduktor (TIMUR)  itu mampu untuk mewujudkan sumber tenaga hijau berkuasa tinggi. Uji kaji ini juga merupakan salah satu usaha Beijing dalam mencari sumber kuasa bersih tanpa had.

Peranti canggih itu telah dinyalakan buat pertama kalinya pada bulan Disember tahun lalu. Peranti itu telah berjaya memecahkan rekod terdahulu dalam usaha pengekalan suhu plasma 100 juta  darjah Celcius selama 100 saat.

Menurut Pengarah Jabatan Fizik Universiti Sains dan Teknologi Selatan di Shenzhen, Li Miao, mereka berusaha untuk mencapai matlamat seterusnya untuk mengekalkan kepanasan suhu  konsisten selama seminggu. Tambahnya lagi, pencapaian ini adalah satu kejayaan yang signifikan dan fokus utama sekarang adalah untuk mengawal suhu stabil bagi satu tempoh yang lama.

Mesin itu merupakan alat penyelidikan eksperimen pelakuran nuklear terbesar dan termaju di China, menggunakan medan magnet yang kuat untuk menyatukan plasma panas. Ia direka untuk meniru proses pelakuran nuklear yang berlaku secara semula jadi  untuk memberikan tenaga bersih yang hampir tanpa batasan.

‘Matahari buatan’  itu berpangkalan di Institut Sains Fizikal Hefei dalam Akademi Sains China. Terletak di wilayah Anhui, timur China dan siap dibina akhir tahun lalu, reaktor itu  digelar ‘matahari buatan’ kerana kepanasan suhu dan tenaga yang dihasilkannya.

Sumber: Kosmo!

Share.

Leave A Reply