Remaja Yatim Piatu Maut Selepas Disekesa Oleh Majikan Kerana Tuntut Upah RM13 | Setiap yang bekerja pasti sentiasa mengharapkan mendapat majikan yang baik selain daripada suasana kerja yang harmoni. Namun tidak semua bernasib baik sebegitu, malah terdapat individu yang mendapat majikan yang kejam.

Remaja Yatim Piatu Maut Selepas Disekesa Oleh Majikan Kerana Tuntut Upah RM13

Nasib tidak begitu menyebelahi remaja yatim piatu dari Mesir ini. Dia telah diseksa sehingga mati oleh majikannya apabila meminta wang upah hariannya yang berjumlah 50 pound Mesir (RM13). Remaja berusia 14 tahun itu telah diseksa selama 2 jam oleh majikannya.

Media tempatan melaporkan bahawa remaja itu telah bekerja di rumah penyembelihan ayam itu selama 7 bulan sebelum kejadian itu berlaku.

Menurut siasatan awal, dipercayai mangsa iaitu Saleh Tamer telah diseksa oleh majikannya selama 120 minit iaitu bersamaan 2 jam. Penyeksaan itu berakhir dengan kematian mangsa di rumah penyembelihan ayam itu yang terletak di kampung Mit Suhail di wilayah Sharqia.

Berdasarkan siasatan polis, menunjukkan penyeksaan terhadap mangsa bermula apabila dia meminta upah hariannya daripada majikannya iaitu pemilik rumah penyembelihan ayam itu pada sehari sebelumnya. Remaja itu turut menyatakan hasratnya untuk berhenti daripada terus bekerja disitu.

Dia tidak dapat lagi untuk terus bekerja disitu kerana terdapat individu yang mengganggunya dan mendesaknya untuk terus bekerja tanpa rehat. Atas alasan itu suspek mula memukul dan menyeksa mangsa dengan menggunakan api.

Akibat daripada penyeksaan itu, remaja itu telah dikejarkan ke klinik berdekatan. Namun doktor memberitahu bahawa mangsa koma dan perlu dibawa ke hospital dengan kadar segera. Namun mangsa telah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Pusat Al Saadin di Minya Al Qamh.

Menurut Akhbar Al Watan, laporan forensik menunjukkan remaja itu mengalami luka terbakar dan lebam pada bahagian badannya.

Sementara itu, pemilik rumah sembelih mendakwa pihaknya menemui mayat budak lelaki itu di depan rumah berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply