Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Sahaja | Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini telah mengumumkan untuk memberi kelulusan dan kebenaran bagi urusan pergerakan rentas negeri namun secara bersyarat iaitu dengan beberapa alasan yang boleh dipertimbangkan.

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Sahaja

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan, enam alasan tersebut perlulah membabitkan hal pekerjaan, kecemasan, kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta bagi menemui pasangan yang tinggal secara jarak jauh. Syarat permohonan tersebut dikatakan susulan berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang semakin tinggi sejak empat hari kebelakangan ini.

Tambah beliau lagi, pergerakan melibatkan hari hujung minggu tidak akan dibenarkan selain ianya berkaitan dengan kecemasan, kematian serta pasangan jarak jauh. Pihak polis kini memandang peningkatan kes Covid-19 sebagai hal yang serius justeru mengetatkan syarat adalah salah satu solusi dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Polis kini dilaporkan akan memberi kelulusan bagi pergerakan merentas negeri jika menepati enam syarat namun ia hanya dibenarkan pada hari Isnin sehingga Khamis sahaja. Namun, permohonan bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan atau apa-apa majlis sosial adalah dilarang sama-sekali.

Acryl Sani dalam satu kenyataan memberitahu syarat pergerakan rentas negeri yang baru dikeluarkan ini dijangka akan berterusan sehingga selepas Aidilfitri dan jika didapati mana-mana pihak cuba mengingkari arahan maka mereka bakal diambil tindakan.

Polis daerah (KDP) serta pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bakal digerakkan ke lapangan bagi menangani isu ketidakpatuhan SOP oleh rakyat ketika berada di bazar ramadhan serta pasar malam. Namun sekiranya SOP tidak dipatuhi maka pihak PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan aktiviti perniagaan di kawasan terbabit.

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Sahaja

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis Sahaja

Sumber: Utusan Malaysia, FB PDRM

Share.

Leave A Reply