Resepi Buah Melaka

| June 2, 2020 | 0 Comments

Resepi Buah Melaka| Hai dan  Assalamualaikum. Hari ini saya nak share satu resepi onde-onde atau buah melaka paling mudah. Korang mesti suka nak makan kuih hijau comel ni. Ha, saya nak kongsikan cara untuk buat kuih buah melaka ini. Bahan-bahan sahaja pun cukup mudah untuk dibuat. Mari kita cuba resepi buah melaka.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 5 helai daun pandan
  • Gula melaka di potong kiub kecil
  • Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
  2. Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
  3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
  4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
  5. Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.

Kredit: Resepi Che Nom

Haa, menarikkan? anak-anak pun boleh tolong untuk menggentel tepung buah melaka ni. Bila makan onde-onde ini, rasanya sangat sedap dan terasa gula melaka yang cair dalam mulut kita. Selamat mencuba!

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *