Resepi Chocolate Stick

| June 3, 2020 | 0 Comments

Resepi Chocolate Stick | Salah satu biskut yang disukai pada hari raya ni adalah biskut chocolate stick. Kalau kawasan rumah yang ada budak-budak ramai tu boleh lah buat resepi ini untuk jamu mereka. Sebab kalau sekali rasa memang mintak lagi la dekat tuan rumah. Budak-budak bukannya tahu malu kan. Selagi perut tak kenyang, selagi tu la depa makan. Kadang-kadang orang dewasa pun layan jugak. Jom kita tengok resepi.

 

Bahan-bahan:

25 keping kulit popia

250g badam cincang

200g serbuk roti

1 cawan coklat masakan

1 1/2 minyak masak

 

Cara Membuat:

Langkah 1

Sangaikan badam cincang.

Langkah 2

Kulit popia dipotong 3 dan digulung. Goreng semua kulit popia yang digulung hingga keperang-perangan.

Langkah 3

Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.

Langkah 4

Gaul badam cincang tadi bersama serbuk roti.

Langkah 5

Celupkan kulit popia yang telah digoreng ke dalam coklat dan gaulkan dengan campuran badam dan serbuk roti. Sedia dihidang.

 

Kredit: Seminit Resepi

Memang dah senang sangat dah tu cara nak membuatnya. Boleh la cuba buat, resepi dah ada. Bila dah siap tu, boleh la atur simpan dalam bekas raya. Tetamu datang, terus hidang saja.

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *