Resepi Kek Marble

| June 3, 2020 | 0 Comments

Resepi Kek Marble | Kalau sebut pasal kek ni, mesti ingat kek hari jadi. Selain daripada kek hari jadi yang selalu kita beli dekat kedai tu, Kek Marble pun menarik juga untuk buat makan-makan waktu hari jadi. Bukan setakat tu saja, bila-bila rasa lapar, teringin nak makan kek, boleh ja ke dapur buat terus. Tak payah dah susah-susah keluar pergi cari di kedai. Hari raya ni bukan setakat kuih, kek pun boleh dihidangkan dekat tetamu. Lagi-lagi musim PKPB ni, dah bosan dekat rumah boleh la cuba buat resepi baru. Ha, Jom kita usha resepi Kek Marble ni.

Bahan- bahan:

5 biji telur

1/2 cawan gula

1/2 cawan susu pekat

1 sb ovalette

1 sk esen vanilla

1 cawan minyak

2 cawan tepung gandum

1 sk soda bikarbonat

2 sb serbuk koko

 

Cara-cara membuat:

  1. Satukan telur, gula, susu pekat, ovalette dan esen vanilla pukul hingga kembang
  2. Masukkan minyak pukul lagi hingga sebati
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau hingga sebati
  4. Bahagikan dua bahagian
  5. Bakar suhu 180°c selama 45 minit ikut kepanasan oven masing-masing
  6. Sedia untuk dihidang

Kredit: Masak Ke Tak

Senang kan resepi Kek Marble ni? Boleh juga buat makan sambil minum-minum petang dekat belakang rumah tu. Tunggu apa lagi, pi la bersilat dekat dapur nuh.

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *