Resepi Biskut Badam Coklat | Sebut saja biskut coklat ni mesti ramai yang pasang telinga kan? Maklumlah ramai peminat coklat ni tak kisah lah makanan apa pun kan. Ni pula biskut badam coklat. Waktu raya ni, kalau budak-budak mai nak beraya mesti tak mau masuk dah, mintak duit raya saja yang banyak. Semua pakat tak mau singgah makan. Ha, kali ni kita bagi depa makan dulu baru dapat duit raya. Budak-budak kalau dengan coklat ni jarang sangat la depa nak tolak kan? Jom tengok resepi dia.
Bahan – bahan :
1 cawan coklat
1 cawan hirisan badam
Cara – cara:
- Sangai hirisan badam di dalam kuali sehingga badam rangup dan masak.
- Sediakan periuk berisi air dan bekas yang sesuai untuk mencairkan kepingan coklat di atasnya.
- Mencairkan coklat menggunakan teknik didihan berlapis ini menggunakan api yang sederhana sahaja. Kacau sehingga keseluruhan coklat cair. Jika api terlalu kuat, dikhuatiri coklat akan berketul seperti doh dan rosak.
- Kemudian , masukan hirisan badam yang telah disangai tadi. Kacau rata sebentar kemudian tutup api dan angkat.
- Sediakan cawan kertas yang sesuai. Sudukan adunan badam coklat tadi ke dalamnya.
- Masukan ia ke dalam peti sejuk sebentar (10minit). Apabila sudah keras sempurna, sedia untuk dimakan.
Kredit: malay kitchen
Senang saja caranya. Hanya guna dua bahan saja, badam dan coklat. Memang wajib la buat untuk jamu tetamu hari raya ni. Selamat mencuba.