Resepi Churros Rangup dan Enak

| June 4, 2020 | 0 Comments

Resepi Churros Rangup dan Enak | Assalamualaikum dan hai semua. Kali ini saya nak kongsikan resepi churros rangup dan enak. Kalau korang nak tahu, churros ini dianggap makanan nasional Spanyol. Kononnya pada suatu masa dahulu, ia adalah makanan ringan oleh para penggembala kambing di pegunungan Spanyol. Namanya saja diambil dari kata churro, jenis kambing yang mereka mengembala. Nama ini dipakai karena makanan ringan ini serupa dengan tandukĀ  kambing. Churros pada zaman kini cuma dibuat dari tepung, air dan garam dan dimoderkan lagi dengan menambah butter, telur dan pelbagai jenis perisa dan pattern. Bagi yang tak pernah mencuba, anda patut cuba kerana ianya sedap dan rangup ditambah lagi dengan coklat cair untuk pencicah.Tanpa membuang masa, marilah kita mencuba resepi churros ini.

 

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk churros:
    • 1 cawan / 250ml air
    • 1 sudu besar / 13g gula kastor
    • 1/4 sudu kecil garam (kalau guna mentega tak bergaram)
    • 1/4 cawan / 56g mentega
    • 1 cawan / 125g tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • minyak masak, untuk menggoreng
  • Bahan-bahan untuk sos coklat:
    • 1 cawan / 125g dark chocolate (coklat masakan, yg bar pun ok)
    • 1/2 cawan /125ml susu full cream
    • 2 sudu besar / 28g mentega (kalau guna mentega tak bergaram)

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk masak churros:
    1. Masukkan air, gula kastor, garam (kalau guna unsalted butter) dan mentega kedalam periuk dan panaskan sampai mendidih.
    2. Tutup api dan masukkan tepung gandum.
    3. Masak tepung sampai bergumpal keras dan lincin baru doh tak lembik (kacau tepung anggaran 10-15 minit).
    4. Sejukkan 5-10 minit.
    5. Masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan tepung tadi, jangan masuk semua telur sekali, kalau masuk sebiji dah lembik, tak perlu lagi masuk telur yang ke 2.
    6. Kemudian masukkan esen vanila dan kacau lagi sehingga sekata.
    7. Sediakan piping bag, gunting dihujuk plastik dan masukkan nozzle.
    8. Masukkan adunan dalam piping bag.
    9. Panaskan minyak dan pipe doh tadi mengikut size dan panjang yang anda suka.
    10. Angkat bila keperangan.
    11. Gaul gula kastor dan sedikit serbuk kayu manis.
  2. Cara untuk masak sos coklat:
    1. Cairkan coklat gelap, susu full cream dan mentega.
    2. Kacau sampai larut.
    3. Masukkan secubit garam (kalau guna butter tak bergaram).

Tips:

  • Kalau takde butter, boleh ganti planta/majerin.
  • Coklat yg digunakan ialah coklat masakan, bentuk bar atau coin tak kisah.
  • Kalau takde gula kastor, blend je gula biasa bagi halus.

Ha mudahkan? Seronok jika dimakan pada waktu petang. Jika ingin melihat lebih jelas, boleh la tengok youtube channel Che Nom ini. Terus jadi lah. Selamat mencuba.

Kredit: Resepi Che Nom

 

 

Tags: , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *