Resepi Lemang Periuk Kera Lembut dan Berlemak | Assalamualaikum dan hai. Ramai yang tak tahu dan merasai lemang periuk kera ni kan. Ha, korang patut cuba resepi dan cara-cara untuk membuat lemang periuk kera yang agak rare dan agak susah nak dapatkannya. Selalu kita akan makan lemang buluh. Jadi kali ini korang kena cuba dan buat lemang periuk kera. Cara bakar juga agak mudah dan selamat kerana hanya perlu kukus sahaja berbanding bakar. Dalam masa yang sama, kita boleh mengurangkan masalah pemanasan global. Jadi hari ni saya nak tunjukkan resepi ini dan anda patut cuba lagi lagi di bulan Syawal ini.
Bahan-bahan:
- Periuk kera
- Beras pulut
- Santan sederhana pekat
- Garam secukup rasa
- Gula secukupnya
Cara penyediaan:
- Gunting hujung di bahagian mulut periuk kera
- Bersihkan periuk kera dengan air di bahagian luar dan dalam sehingga bersih menggunakan berus yang bersesuaian. (Hati-hati yea sebab periuk kera ni agak nipis takut terkoyak pula)
- Basuh beras pulut hingga bersih kemudian toskan.
- Santan pula di campur garam dan gula sebagai penambah rasa.
- Gaulkan sehingga bahan perasa tersebut larut
- Masukkan beras pulut kedalam periuk kera sehingga memenuhi 2/3 bahagian
- Kemudian, masukkan santan kedalam periuk kera tersebut.
- Kukus sehingga 30 ke 40 minit sehingga lah pulut lemang tu masak
- Angkat, sejukkan seketikan kemudian sedia untuk di hidangkan.
Mudahkan resepi lemang periuk kera? Rasa lemang ini sangat lembut dan berlemak. Korang mesti akan menambah-nambah bila menikmati lemang periuk kera ini. Jadi cuba lah
1 Comment
Pingback: Pulut Periuk Kera: A Culinary Gem from Malaysian Tribes - Munch Malaysia