Resepi Durian Crepe

| June 6, 2020 | 0 Comments

Resepi Durian Crepe | Siapa disini peminat durian? Sekarang kalau keluar rumah saja mesti tengok ramai orang dah start jual durian dekat tepi jalan. Maklumlah dah musim durian kan? Ha, apakata kita cuba buat durian crepe pulak. Manalah tahu lagi sedap daripada kita beli dekat luar. Kalau buat sendiri, boleh makan bila-bila masa ja. Jom kita tengok Resepi Durian Crepe ni.

Bahan-bahannya:

Bahan Untuk Membuat Crepe:

5 tbsp tepung gandum

1 tbsp tepung ubi kayu

1 tbsp tepung ubi kentang

1 tbsp tepung jagung

1 tbsp kastad

2 tbsp gula aising

210 ml air

3/4 cawan susu segar

1 biji telur

2 tbsp minyak mazola

Ssecubit garam

Esen vanila

Pewarna kuning (optional)

 

Inti Durian:

-1 cwn susu segar

-1 sudu kastad

-1 sudu gila

-isi durian secukupnya

 

Whipped Cream

1 cup whipped cream

 

Cara Membuat:

 Langkah 1

Masukkan air, telur, minyak, esen vanila, susu segar, dan pewarna kedalam bekas. Kacau sebati.

Langkah 2

Ayakkan semua tepung kedalam bekas dan kacau hingga tiada ketulan. Tapis adunan supaya adunan menjadi licin.

 Langkah 3

Masak adunan diatas ‘non-stick pan’ dan ketepikan.

 Langkah 4

Satukan susu segar, kastad dan gula kedalam kuali. Kacau dengan api sederhana.

Bila sudah pekat, masukkan isi durian dan kacau rata.

Langkah 5

Pukul whipped cream hingga kental. Pastikan whipped cream dalam keadaan sejuk.

Langkah 6

Bentangkan 1 keping creap, dan picit kan sedikit whipped cream di tengah-tengah.

Lapiskan dengan inti durian dan balut menjadi bantal. Sejukkan dan sedia dihidang.

Kredit: Seminit Resepi

Ha, amacam, senang ja kan? Musim-musim durian ni kalau buat jual mesti laku. Manalah tahu sekali buat ramai yang mintak lagi. Untung berganda-gandalah kalau macam tu. Jom, sama-sama kita buat. Selamat mencuba.

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *