Resepi Lala Masak Pedas Yang Menyengat | Bagi peminat makan seafood macam tak sah pulak kalau korang tak pernah cuba masakan lala. Ada pelbagai jenis masakan untuk lala ni. Tapi admin nak cadangkan kat korang resepi lala masa pedas yang menyengat ni. Kepada peminat lala yang pening tak tahu nak masak apa dengan makan laut ni, boleh la cuba resepi Lala Masak Pedas Yang Menyengat ni. Lagi-lagi korang yang minat dengan masakan pedas, memang padu kalau cuba resepi Lala Masak Pedas ni. Jom kita cuba resepi masakan daripada Khairulaming.
Bahan-Bahan Membuat Resepi Lala Masak Pedas:
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 biji bawang merah
- 2 batang serai
- 1 sudu cili boh
- 1/3 cawan air
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun limau purut
- Cili api (ikut tahap kepedasan korang)
- 1/2 kg lala
Cara-Cara Membuat Resepi Lala Masak Pedas:
- Panaskan minyak di dalam kuali
- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan serai yang telah dihiris
- Masukkan 1 sudu cili boh
- 2 sudu sos cili
- 2 sudu sos tiram
- Kacau bahan tadi sehingga sebati
- Kemudian masukkan 1/3 cawan air
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
- Masukkan cili padi yang dihiris halus
- Masukkan juga daun limau purut dan
- Masukkan lala tadi ke dalam bahan-bahan yang telah ditumis
- Gaul rata kesemua bahan-bahan tadi
- Biarkan lala tu masak sekejap. Apabila warna lala kemerahan dan terbuka kulitnya bolehlah angkat.
- Lala siap untuk dimakan bersama dengan nasi panas.. yumm..yumm..
Senangkan nak buat resepi Lala Masak Pedas ni? Main campak-campak je bahan yang tersedia. So korang kalau masih tak faham dengan cara nak buat boleh la tengok video dekat bawah ni. Selamat mencuba!
Video Cara Membuat Resepi Lala Masak Pedas:
https://www.instagram.com/p/Bj3x-rtFt5v/?igshid=131fmcz16dh9d
Kredit : Instagram khairulaming