Resepi Spaghetti Olio Dengan Ayam Simple Sedap Best. Mesti Cuba!!| Khalifah Media Networks – Tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti, sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makanan yang lebih tahan kenyang berbanding nasi atau mee. Selain daripada sedap, spaghetti sebenarnya amat sesuai untuk mereka yang ingin berdiet kerana spaghetti mempunyai  nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi dan kaya dengan protien. Sebab tu kalau tengok menu yang amalkan diet, ramai yang makan spaghetti menggantikan nasi putih.

Spagheeti ialah Masakan Itali tetapi di  Malaysia pada hari ini bukan sesuatu yang asing lagi. Jika dahulu kita hanya dapat rasa makanan ini di restoran terkemuka sahaja, namun kini ianya sudah mudah didapati dengan harga yang berpatutan.

Sapghetti Olio Dengan Ayam

Kami percaya masakan Itali seperti spageti menjadi kegemaran anak-anak. Bagi yang nak masak sendiri, ini resipi spageti olio dengan ayam mudah dan sedap korang boleh cuba!

Bahan-Bahan:

– 200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
– 6 biji black olive
– 6 biji green olive
– 15 biji jeruk capers
– 1 keping dada ayam, didadu*
– 2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
– 1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
– 1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
– 1 biji bawang holland, didadu
– 3 ulas bawang putih, cincang halus
– 4 biji cili padi thai merah, cincang halus
– Garam secukup rasa
– Parsley, dicincang untuk hiasan
– Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara Memasaknya:

1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.
2. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan.

Sekian untuk resepi kali ini. Jangan cuba try kat rumah pasti keluarga suka!!

 

Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat web ini.

Share.

Leave A Reply