Rumah Berbau Busuk, Jiran Temui Warga Emas Mati Dalam Rumah | Misteri bau busuk yang hadir semestinya menjadi persoalan di sebuah kawasan kejiranan kerana tidak menegtahui punca bau tersebut. Namun bau itu telah membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki oleh jirannya sendiri.

Rumah Berbau Busuk, Jiran Temui Warga Emas Mati Dalam Rumah

Lelaki yang mati itu merupakan seorang warga emas yang tinggal bersendirian di Lengkuk Ipoh, Taman Ipoh. Mayat lelaki itu telah ditemui berada di bahagian dapur kediamannya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pemeriksaan mendapati terdapat mayat seorang lelaki di rumah itu namun pihaknya gagal masuk ke dalam memandangkan pintu rumah berkunci. Pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu kira-kira 11.10 pagi daripada seorang lelaki yang memberitahu sudah tiga hari tidak melihat kelibat jirannya selain memberitahu terdapat bau kurang menyenangkan dari rumah berkenaan.

Pihak bomba telah dihubungi untuk membantu memotong mangga yang mengunci pintu pagar kediaman itu. Mereka juga memotong jeriji besi belakang rumah bagi membolehkan pihak polis memasuki rumah itu. Berdasarkan keadaan mayat, dianggarkan mangsa telah meninggal sejak 5 hari lalu.

A Asmadi berkata, usaha sedang dilakukan bagi mengesan butiran diri mangsa dan waris selain sekiranya terdapat sejarah perubatan mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan kes dikelaskan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply