‘Mayat’ Hidup Semula Selepas Disahkan Meninggal Akibat Covid-19 | Seorang wanita dipercayai telah disahkan meninggal akibat Covid-19 diberi peluang kedua selepas dia dikatakan sedar sebelum beberapa minit lagi upacara pembakaran mayatnya di Baramati, India, baru-baru ini.
Warga emas yang dikenali sebagai Shakuntala Gaikwad, 76, telah dibawa ke hospital selepas dia didapati positif Covid-19 serta kedaan kesihantannya juga dilaporkan semakin memburuk, menurut laporan media tempatan. Setelah menerima rawatan di hospital terbabit, Gaikwad dikatakan mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri sebelum dia disangka telah meninggal dunia.
Setelah itu, ‘mayatnya’ dilaporkan telah dibawa pulang oleh keluarga bagi melakukan upacara sebelum pembakaran mayat dilakukan.
Ketika upacara dijalankan, tanpa disangka-sangka Gaikwad dalam keadaan terkujur baring tiba-tiba sahaja membuka mata sebelum menangis di tempat pembakaran tersebut.
Menurut polis tempatan dalam satu kenyataan, Gaikwad telah berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Silver Jubilee bagi menerima rawatan lanjut.
India juga telah melaporkan krisis akibat Covid-19 kini semakin runcing hari demi hari sehingga mencatatkan bilangan kes positif kira-kira sebanyak 326,000 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.
Kes kumulatif melibatkan kematian juga direkodkan sebanyak hampir 4,000 kes setiap hari susulan kawalan yang agak lemah telah dilakukan di India. Sepanjang minggu lepas, India telah mencatatkan bilangan kes sebanyak lebih 1.7 juta kes positif baharu dengan lebih 20,000 kes kematian.
Kenaikan kes yang agak mendadak kini dilhat telah melumpuhkan sistem kesihatan negara terutamanya di kawasan pedalaman menurut laporan media tempatan.
Sumber: Astro Awani