Runtuhan Salji Gunung Berapi, 4 Maut Di Ecuador | Berlaku satu kemalangan sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya empat mangsa akibat kejadian runtuhan salji di gunung berapi Chimborazo di tengah Ecuador, menurut Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu ECU 911 negara itu, baru-baru ini.

Runtuhan Salji Gunung Berapi, 4 Maut Di Ecuador

Runtuhan tersebu dilaporkan menimpa sekumpulan 12 pendaki yang sedang mendaki gunung itu pada ketinggian kira-kira 6,100 meter, kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Menerusi laporan Awani, selepas kejadian tersebut iaitu kira-kira jam 06.30 waktu tempatan (1130 GMT), Kumpulan Gerak Khas Polis Nasional, jabatan bomba tempatan dan sebuah helikopter polis dihantar untuk menyelamatkan para pendaki, yang kewarganegaraannya belum didedahkan.

Difahamkan, akses ke Rizab Penghasilan Fauna Chimborazo, yang mengelilingi gunung berapi itu, dikhabarkan telah ditutup berikutan insiden terbabit.

Sebelumya, Chimborazo adalah gunung berapi dan gunung tertinggi di Ecuador, dengan ketinggian 6,263 meter dari paras laut. Puncaknya yang dilitupi salji adalah puncak popular dalam kalangan pendaki tempatan dan asing.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply