SAFTTA Persoal TH Beri 22 Agensi Saja Bawa Jemaah Haji | Khalifah Media Networks – Persatuan Solidariti Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA) mempersoalkan Lembaga Tabung Haji (TH) yang hanya memberi kepercayaan kepada 22 syarikat untuk menyantuni jemaah bagi menunaikan ibadah itu.

SAFTTA Persoal TH Beri 22 Agensi Saja Bawa Jemaah Haji

Presidennya, Dr Fathir Badri Alhadad, berkata pihaknya senada dengan

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) supaya TH membuat pusingan. Sekali gus memberi peluang kepada Pengelola Jemaah Haji (PJH) lain menyantuni jemaah.

Beliau persoal, apa yang mungkin dimaksudkan berkaitan kartel haji itu adalah ada beberapa agensi pelancongan yang dilihat tidak pernah ditukar sejak PJH ini diperkenalkan.

Sambungnya, adakah hanya 22 syarikat itu saja mempunyai kelayakan menyantuni jemaah. Daripada jumlah itu berapa pula agaknya agensi pelancongan yang dimiliki oleh agensi kerajaan (GLC).

Kenyataan lain Dr Fathir Badri Alhadad…

Katanya lagi dalam satu kenyataan, pastinya agensi pelancongan GLC ini mempunyai modal pusingan yang besar. Sekali gus bersaing dengan usahawan pelancongan yang menggunakan modal sendiri. Mengapa perlu dihadkan kepada hanya 22 syarikat, sedangkan kita semua sedia maklum TH sendiri menyatakan tidak mampu untuk menguruskannya sendiri disebabkan kekangan tertentu.

Media tempatan sebelumnya melaporkan, kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Mengenai kuota tambahan, Fathir Badri berkata, pada tahun ini kerajaan Arab Saudi memberikan 5,000 kuota tambahan kepada Malaysia untuk diuruskan oleh TH. Namun pihak terbabit hanya menggunakan kuota itu tidak melebihi 2,500.

Beliau berkata, mengapa perkara ini boleh berlaku sedangkan yang menunggu giliran untuk menunaikan haji adalah begitu ramai.

Perosalanya lagi, jika alasannya TH tidak bersedia daripada segi logistik, kenapa tidak dibuka kepada lebih banyak agensi pelancongan untuk menguruskannya? Dengan cara ini mungkin keadaan seperti ‘tidak dapat visa’ tidak akan berlaku. Inilah kelemahan monopoli.

Katanya, apa yang kami sarankan TH perlu mengadakan perbincangan secara jujur dan terbuka. Berikutan bersama persatuan pelancongan untuk memberikan pandangan bagi membantu mereka menambahbaik fungsi TH itu sendiri.

Fathir Badri berkata, perbincangan bersama ahlinya mendapati kedutaan Arab Saudi hanya mengeluarkan visa haji mujamallah kepada Malaysia dan bukannya visa furada.

Ujarnya, ada antara ahli SAFTTA yang membawa jemaah haji menggunakan visa mujamallah. Pada musim haji kali ini tiada sebarang masalah yang timbul setakat ini.

Kesimpulan

Beliau berpendapat, kempen kesedaran berterusan perlu diberikan kepada bakal jemaah supaya tidak terpedaya dengan tawaran murah untuk mengerjakan haji menggunakan visa mujamallah mahupun furada.

Beliau juga berpendapat, agensi pelancongan yang mengambil kesempatan perlu dikenakan hukuman berat supaya perkara sama tidak berulang lagi. TH juga perlu memberikan lebih ruang kepada agensi pelancongan untuk menguruskan jemaah haji pada masa akan datang. Tidak hanya tertumpu kepada agensi pelancongan yang sama saja.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply