‘Saltbae’ Berdepan Saman $5 Juta Atas Kesalahan Hak Cipta Karya Pelukis Di New York | Seorang chef yang dikenali ramai dengan gelaran ‘Saltbae’, Nusr-et Gökçe telah berdepan dengan tuntutan saman oleh seorang pelukis di Brooklyn selepas bintang media sosial tersebut dipercayai menggunakan karya lukisan itu di seluruh dunia tanpa keizinan pelukis asal itu sendiri.
Menurut tuntutan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Manhattan, pelukis Brooklyn yang dikenali sebagai William Hicks memberi penjelasan bahawa dia dan rakannya Joseph Lurato telah disewa oleh bintang media sosial tersebut pada tahun 2017 untuk membuat mural dirinya di sebuah restorannya di Turki bersama pose ‘memercik garam’ yang menjadi signature kepada dirinya.
Karya yang telah disiapkan itu telah dipamerkan di sebuah restoran stik di Miami milik Gökçe sebelum mural stensil tersebut turut diletakkan di restorannya di Doha, Dubai dan New York menurut perbicaraan di mahkamah.
Hick hanya menyedarinya pada tahun awal tahun 2020 selepas syarikat Gökçe telah menggunakan karyanya itu di seluruh dunia serta menggunakan gambar tersebut untuk diletakkan di paparan tetingkap, tanda digital, menu, tisu, beg bawa keluar dan pada label untuk perasa musimnya menurut dakwaan yang terdapat pada dokumen mahkamah.
Menurut perbicaraan mahkamah, tertuduh juga telah terlibat dalam penyebaran serta penggunaan karya asli secara tidak sah di beberapa tempat lain seperti di Restoran Stik Nusr-et serta Restoran Saltbae yang terdapat di New York, Dubai serta Istanbul. Manakala dia juga telah mencuba untuk menyesuaikan, membuat dan mengedarkan versi karya asal secara tidak sah itu untuk dipaparkan di beberapa lokasi seperti di Resoran Steak Nusr-et yang terdapat di Abu Dhabi, Ankara, Etiler, Mykonos, dan Marina Bodrum Yalikavak.
Sebelumnya, Hicks dilaporkan telah mengutuskan sepucuk surat bagi memberitahu pihak Gökçe dan syarikatnya untuk berhenti menggunakan karya tersebut pada April 2020 namun mereka dikatakan tidak memberi maklum balas lalu menggandakan pelanggaran terhadap penggunaan karya asli secara tidak sah tersebut di beberapa lokasi yang lain seperti Doha, Teluk D Maris (Turki), Boston, Dallas dan beberapa lokasi tambahan di sekitar Istanbul.
Gökçe telah menjad terkenal selepas tular videonya yang gemar membuat aksi memercikkan garam pada stik di media sosial seperti Instagram. Dia dilaporkan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen berkenaan isu hangat ini.
Sumber: NY Post