(Video) Lucu, Monyet ‘Take Over’ Video TikTok Gadis, Dapat 20 Juta Tontonan

| April 14, 2021 | 0 Comments

(Video) Lucu, Monyet ‘Take Over’ Video TikTok Gadis, Dapat 20 Juta Tontonan | Aplikasi TikTok seolah-olah menjadi trend zaman kini yang banyak digunakan oleh masyarakat dari pelbagai lapisan umur. Pelbagai isi kandungan yang menarik dimuat naik oleh para pengguna itu sendiri dari segi bakat, pengetahuan dan banyak lagi.

(Video) Lucu, Monyet 'Take Over' Video TikTok Gadis, Dapat 20 Juta Tontonan

Bagi gadis remaja dari indonesia ini, video TikToknya kali ini telah menunjukkan suatu kelainan dan menjadi tular dalam kalangan pengguna TikTok.Bukan bakat atau sebarang info dikongsikan, tetapi apa yang dimuat naik adalah berkenaan dengan sesuatu di luar kebiasaan yang terjadi pada dia dan adiknya ketika menggunakan aplikasi itu.

@annisadwiatikah2monyet meresahkan😭 ##fyp♬ Mood – Tom Mallari 🇵🇭

Berdasarkan video TikTok yang dimuat naik oleh gadis remaja itu, didapati dia bersama dengan adiknya sedang merakam video menggunakan aplikasi itu. Tanpa disedari mereka telah dihadiri oleh seekor monyet, namun kelihatan monyet itu tidak melakukan sebarang serangan terhadap mereka.

Menurut sebuah portal, gadis berusia 16 tahun dan adik tirinya itu telah berlari sebaik sahaja menyedari kehadiran monyet itu dibelakang mereka.

Kata Annisa, dia bersama dengan adik tirinya baru sahaja pulang dari berjogging. Kemudian mereka berdua mahu merakam video TikTok di luar rumah mereka yang berdekatan dengan masjid. Sebaik sahaja mereka meletakkan telefon bimbit dan mula merakam, mereka mula sedar akan kehadiran monyet itu. Walaupun monyet itu tidak menyerang, mereka tetap melarikan diri untuk keselamatan diri mereka.

Sebaik sahaja mereka melarikan diri, monyet itu telah memandang ke arah skrin dan cuba membawa lari telefon bimbit milik Annisa itu. Situasi itu telah berjaya terakam sepenuhnya dan Annisa membuat keputusan untuk berkongsi dan memuat naik video itu ke akaun TikTok miliknya.

Sumber: Lobak Merah

Tags: ,

Category: DUNIA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *