Satu lagi ‘Objek Tidak Dikenali’ Ditembak Jatuh | Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat (AS) yang menembak jatuh ‘objek tidak dikenali’ terbang tinggi di atas Yukon, adalah atas arahan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.
Trudeau pada Sabtu berkata, tindakan itu adalah sehari selepas AS mengambil tindakan serupa di Alaska.
Komando Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara, gabungan organisasi AS-Kanada yang menyediakan pertahanan ruang udara bersama ke atas kedua-dua negara, mengesan objek itu terbang pada altitud tinggi pada petang Jumaat di atas Alaska, kata pegawai AS.
Objek itu melintasi ruang udara Kanada pada Sabtu.
Trudeau bercakap dengan Presiden Joe Biden, dan juga kemudian mengarahkan objek itu ditembak jatuh.
Jet Kanada dan AS beroperasi sebagai sebahagian daripada Pusat Pertahanan Keselamatan Amerika Utara (Norad), namun jet AS yang menembak jatuh objek itu.
Jet pejuang F-22 kini sudah mengeluarkan tiga objek di ruang udara AS dan Kanada selama tujuh hari, ia satu perkembangan menakjubkan yang menimbulkan persoalan mengenai apa sebenarnya objek itu dan siapa menghantarnya.
Sekurang-kurangnya satu daripada objek yang ditembak itu dipercayai belon pengintip dari China, tetapi dua lagi belum dikenal pasti secara terbuka.
Walaupun Trudeau menyifatkan objek itu sebagai ‘tidak dikenal pasti, jurucakap Norad, Mejar Olivier Gallant berkata, tentera sudah pun menentukan apa sebenarnya objek itu tetapi tidak akan mendedahkan butiran.
Trudeau berkata, tentera Kanada akan mendapatkan serpihan untuk kajian. Yukon adalah wilayah paling barat Kanada dan antara bahagian paling sedikit penduduknya di negara itu.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Penduduk Johor Bahru Kaget Bebola Api Misteri Muncul Di Langit. Ada VIDEO.
Penduduk Johor Bahru Kaget Bebola Api Misteri Muncul Di Langit. Ada VIDEO. | Penduduk Johor Bahru kaget bila terlihat bebola api misteri muncul di langit. Ada video.
Bola Misteri Muncul Pukul 5 Pagi Sebelum Hilang
Video ada di hujung artikel. Video rakaman objek tidak dikenal pasti seakan bebola api muncul dipercayai di langit Johor Bahru menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Dalam video yang berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan dilihat melintasi langit negeri itu.
Objek berbentuk seakan bebola api tersebut dilihat bergerak laju sebelum ia seakan-akan meletup dan hilang.
Video berdurasi selama 12 saat dirakam pada jam 5 pagi pada Rabu lalu kemudian dimuat naik di Facebook All Singapura Stuff sebelum tular di laman sosial.
Ada netizen yang mendakwa mereka juga melihat objek misteri yang pelik mengeluarkan cahaya itu kira-kira jam 5 pagi.
Setakat jam 11 pagi ini, video tersebut mendapat tontonan sebanyak lebih 117,000 pengguna Facebook sekali gus mencetuskan persoalan pengguna Facebook.
Bagaimanapun, tidak dapat disahihkan dakwaan dalam video berkenaan.
Kata Izzat Asyraff Nahrawi, dia melihat objek bercahaya itu pada masa yang sama iaitu jam 5 pagi.
“Saya fikir Singapura sedang diserang. Saya ingatkan itu halusinasi saya, mujur ia memang benar berlaku,” katanya.
Richard pula berkata, “Ia muncul tiba-tiba kemudian meletup dan hilang sekelip mata. Menakjubkan!”
Video Misteri Bola Api Di Johor Bharu
Sumber: Sinar Harian
Penduduk Sangka Ternampak UFO, Rupanya Roket Tentera
Penduduk Sangka Ternampak UFO, Rupanya Roket Tentera | Khabar angin mengenai penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) sehingga meninggalkan jejak wap berwarna pelangi dan cahaya misteri di ruang udara Korea Selatan rupa-rupanya hanya latihan ketenteraan.
Perkara itu disahkan selepas tentera negara itu mengaku pihaknya adalah ‘dalang’ di sebalik objek misteri yang heboh diperkatakan dalam media sosial.
Menurut Kementerian Pertahanan, objek melambung tinggi di langit itu adalah satu bentuk roket baharu yang sedang dibangunkan oleh pihak tentera.
Pihaknya menjelaskan latihan tersebut tidak dimaklumkan lebih awal kerana melibatkan isu sensitif keselamatan ketenteraan negara.
Bagaimanapun, bentuk roket yang menimbulkan situasi panik dalam kalangan penduduk di Goyang belum diumumkan lagi.
Ujian roket yang dilancarkan ke ruang udara membolehkan pengawasan dari angkasa lepas dijalankan dan memberi peluang kepada Korea Selatan memperkukuh aspek pertahanan.
Susulan itu, pihak berkuasa menerima beratus-ratus laporan daripada penduduk yang melahirkan kebimbangan tentang kehadiran makhluk asing di bumi.
Roket itu dilancarkan empat hari selepas Korea Selatan menuduh Korea Utara menerbangkan lima dron merentasi garis sempadan.
Dilaporkan, pihak tentera gagal menembak dron tersebut walaupun menyedari kehadiran objek itu di ruang udara, sekali gus menimbulkan persoalan keselamatan rangkaian pertahanan udara negara ini.
Dalam perkembangan sama, Korea Utara juga berusaha membangunkan satelit pengawasan ketenteraan pertama serta sistem senjata berteknologi tinggi bagi mengatasi keupayaan Amerika Syarikat.
Sumber: Utusan Malaysia