Scammer iPhone | Assalamualaikum.saya baru je kena tadi tapi kena scam beli iphone. Memang jackpotlah kata si scammer. Ya saya baru je kena tipu beli hp di Carousell. Bertahun saya beli barang di carousell harini memang takde rezeki saya.

Saya fikir carousell memang takde scammer sebab tak pernah kena. Selalu
juga beli barang di situ harga beratus2. Alhamdulillah semua ok. Kalini
saya ditipu hampir 3K. Lebur duit simpanan saya.

Saya bukan orang yang suka sangat pada gadjet. Beli sekadar perlu. Dan
saya dah 7 tahun tak tukar fon. Fon saya pon dah lagging teruk, nak buat
kerja pon susah.

Ya saya pengguna IOS sejak kali pertama gunakan hp. Orang pernah cakap
beli yang mampu. Saya mampu. Saya mampu simpan dan bersabar untuk beli
apa yang saya nak.

Saya sudah berkerja. Tapi gaji tidaklah besar. Cukuplah untuk saya yang
bujang dan tinggal bersama family. Cukup duit simpanan saya, mengikut
bajet, saya pon survey hp di Carousell. Secondhand pon takpe. Janji IOS
sebab dah terbiasa.

Saya buat survey hp ni berminggu lamanya. Nak cari yang betul2 berbaloi,
and tak kena tipu, termasuklah spec hp tersebut.

Saya youtube dengar pasal scammer fon, fon apa yang sesuai dengan
penggunaan saya. Keutamaan saya ialah camera. Banyak2 fon yang saya
teng0k, iphone jugak yang lawa, bagi sayalah. Don’t judge. Jadi saya pon
bajet dalam 3k.

Cari di carousell, Iphone XS Max, Gold, 512gb Malaysia set. Dijual
dengan harga RM2,999. Wow. Near to perfect. Spec yang lawa. Saya pm
seller (Latipah). Scammer mmg betul perempuan tu saya tak pasti. Tapi
gambar perempuan.

Dia cakap bagi no wassap. Saya pon bagilah. In case jarang bukak apps tu
and senang nak deal. Dalam hati cakap, lambat nanti orang kebas.
Allahuakbar. Nak menangis bila teringat. Panas badan belum reda sampai
sekarang.

Dalam wasap, dia tanya saya duduk mana. Saya di Johor. Seller di Perlis.
Tapi saya tengok di dalam apps lokasinya di Melaka. Saya belum curiga lagi.

Dia bagi gambar fon and model, imei no semua. Saya check di apple web
memang fon tu wujud. Legal purchased. Dia siap buat video keadaan fon
masih dalam keadaan baik. Memang cun.

Kami start dealing.

Puteri (P): Saya berminat nak beli.

Seller (S): Boleh sis. *macam taw2 saya ni perempuan.

P: Tapi tulah awak dekat perlis.

S: Kan boleh pos.

P: Haha, kalau boleh saya nk check by hand baru puas hati.

S: *Dia bagi video kondisi fon.

P: Saya masih ragu2. Harga awk jual ni too good to be truth.

S: Allahu.. Kalau awak tak percaya, saya bagi ic copy, nak fb akaun pon
boleh, awak boleh viralkan. Ok lah macam ni, awak bayar 50% dulu, dah
dapat fon baru bayar full.

Dia bagi resit pembelian, di KL. Harga fon RM7k++. Saya terfikir, jauh
dia beli fon sampai ke KL. And jual murah sangat. Reasonnya, sebab dah
upgrade fon. Saya dah tertarik dengan offer tu. Tapi 50% pon banyak tuu
kalau nak bayar.

P: Saya bayar 700 dulu, balance bila dapat fon.

S: 800 OK. Saya pos harini esok dah boleh dapat. Pakai kurier ada insurance.

P: Ok boleh.

Then, seller bagi akaun no. Latipah binti Sakijan. Agro bank. Saya tanpa
ragu2 terus bank in 800 ke akaun seller. Berdebar jantung Tuhan je taw.
Yelah simpan bukan main lama. Takpelah tawakal.

S: Ok dah terima. Saya tengah bungkus fon.

5 minit selepas tu, dia snap gambar fon and video fon sedang dibungkus
dan tertulis nama dan alamat saya diatasnya. Cukup meyakinkan tuan puan.
Gigihnya dia buat kerja. Setiap minit dia update. Then tiba2,

S: I’m so sorry. I dah keluar nak post fon u. Tapi husben i insist suruh
bank in full baru boleh post. Sebab ni hp dia. Btw, ada orang lain
berminat nak hp ni tapi i dah deal dengan u. So minta u bank in the
balance then i terus pergi post.

P: Emm takpelah sis. Saya tak jadi beli. Bukan rezeki saya. Nanti refund
la duit saya tu.

S: Ya Allah, saya dah otw nak post (berani dia guna nama Allah). Saya
bagi ic saya.

Memang betul dia bagi ic copy dia. Latipah Sakijan dengan crossing
*untuk jual beli iphone. Saya ni jenis cepat kesian. Taknak menyusahkan
orang. Tapi tak sedar yang diri dh masuk perangkap. Lalu saya bank in
the balance.

Sebelum bank in tu saya cakap harap saya tak ditipu. Dia terus pujuk
saya. Lepas je saya bank in. Terus senyap takde update. Debaran hati ni
tak habis2 lagi. Dia cakap nanti dia bagi tracking no. Saya tunggu.

Tunggu punya tunggu, taw2 dah kena block. Allahuakbar. Menyesal pon tak
guna. Duit lebur. Fon pon tak dapat. Apalah nasib saya.

Lepas kejadian tu baru nak fikir satu2. Kenapa tak fikir, win-win
situation. Kenapa tak terfikir kalau aku kena tipu macam mane? Senang2
je dia dapat 3k dalam masa sehari. Dia cukup meyakinkan. Sebab scammer
ni lagi pandai dari apa yang kita sangka.

Saya buka balik carousell dia masih online. Cari mangsa baru. Saya pm
dia. Saya sumpah maki dia doa yang buruk pada dia. Tapi orang kalau dah
buat jahat, makian semua tu dia buat b*d*h je. Janji duit dah dapat.
Allahuakbar.

Takpelah. Bukan rezeki saya. Rezeki dia. Saya halalkan tapi saya doa
agar dia dibalas setimpal dengan perbuatannya untuk pengajaran. Seharian
panas badan belum reda. Mungkin ada salah saya sampai diuji mcm ni.
Benda pon dah jadi.

So korang berjaga2 lah. Saya selalu jugak follow up cerita2 scammer ni.
Dalam berjaga2 pon, terkena jugak. Istighfar saya. Scammer ni licik
sangat. Sangat well prepared. Smooth je plan dia. Sampai tak sedar dah
masuk perangkap.

Dia mesti tersengih je berjaya tipu orang macam saya. Kesian Latipah
Sakijan tu ic nya digunapakai untuk menipu. Saya malas nak viralkan.
Semoga ada hikmah la hendaknya.

– Puteri (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply