Sekatan Jalan Raya Ditambah Bagi Elak Rentas Negeri Ramadhan Ini | Ramadhan bakal menjengah tiba beberapa hari sahaja lagi. Semestinya ia merupakan bulan  yang ditunggu oleh semua umat islam seluruh dunia. Pasti ramai yang berperancangan untuk menyambut awal ramadhan bersama dengan keluarga tercinta, tambah-tambah lagi mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman untuk bertemu ahli keluarga yang jauh. Namun begitu, pandemik COVID-19 yang menyerang negera tidak boleh untuk kita ketepikan.

Sekatan Jalan Raya Ditambah Bagi Elak Rentas Negeri Ramadhan Ini

Dengan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan untuk menambah sekatan jalan raya di beberapa tempat. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan orang ramai membuat perjalanan rentas negeri bagi pulang ke kampung halaman untuk meraikan ramadhan. Ini bagi mengelakkan penularas virus terus berlaku dalam negara.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, semua anggota polis telah diarahkan untuk terus mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang cuba untuk melakukan perjalanan rentas negeri. Tidak perlu lagi diberikan nasihat, malah terus sahaja kenakan tindakan.

Menurut beliau juga, buat masa kini telah terdapat 35 sekatan jalan raya dilakukan. Kesemua sekatan jalan raya itu melibatkan pintu sempadan negeri. Pihak polis mempertimbang untuk memperketatkan juga sekatan jalan raya dan menambahnya terutamanya di lorong-lorong tikus. Ini bagi memastikan tidak berlakunya perjanan rentas negeri tanpa alasan yang munasabah.

Hal ini kerana sudah menjadi budaya dalam kalangan rakyat islam di negara kita untuk pulang ke kampung halaman pada setiap kali ramadhan untuk menyambut bulan yang mulia itu bersama keluarga.

Perancangan ini diadakan kerana kes Covid-19 sepatutnya menurun, namun apa yang terjadi adalah semakin hari kes semakin meningkat. Malahan muncul juga kluster – kluster baru yang berpunca daripada aktiviti perjalanan merentas negeri.

Melalui sidang media itu, beliau menasihati orang ramai untuk tidak pulang ke kampung terlebih dahulu pada ramadhan ini. Ini bagi membolehkan kita semua dapat menyambut hari raya yang bakal kunjung tiba sebaik sahaja ramadhan melabuhkan tirainya.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply