(Video) “Apa Yang Best Offshore?” Pemuda Kongsi Pengalaman Menarik Bekerja Di Offshore | Sebut sahaja tentang pekerjaan jenis offshore, pasti ada yang membayangkan betapa sukarnya pekerjaan tersebut. Bekerja di atas lautan dan ditambah pula dengan tidak boleh pulang selama berbulan lamanya.
Pun begitu, di setiap kesusahan atau kepayahan yang dilalui pasti ada perkara-perkara yang manis serta menggembirakan buat kita.
Apa yang best offshore?
Baru-baru ini, seorang pekerja offshore berkongsikan sebuah video mengenai momen-momen yang seronok ketika bekerja di atas lautan. Video yang dimuatnaik oleh beliau di laman Twitter miliknya itu meraih 236 ribu tontonan oleh warga maya. Secara tidak langsung video tersebut telah tular di laman Twitter.
Short story telling #offshorelife pic.twitter.com/vYySue7q6Z
— Pijie Mhar (@PijieMhar) April 5, 2021
Antara perkara-perkara yang dinyatakan di dalam video tersebut adalah beliau dapat melihat sunset dan sunsrise pada setiap hari di atas kapal. Kebiasaannya waktu-waktu tersebut sangat indah jika dapat dilihat dan tangkap gambar untuk dijadikan kenangan.
Selain itu, beliau juga ada menunjukkan saat berselisih dengan rakan yang lain ketika kapal sedang berlayar secara berdekatan.
Tambahnya lagi, ada waktu-waktu yang dia direzekikan untuk lihat makhluk cipataan Tuhan yang susah nak jumpa seperti ikan dolphin dan sebagainya. Baginya, hari yang paling seronok adalah hari di mana dia boleh pulang ke kampung halaman dan bercuti selama beberapa minggu.
Beliau juga sering berkongsi foto-foto yang cantik dan menawan sewaktu berada di atas kapal. Jika anda mahu lihat, boleh pergi laman Instagram beliau pijie_mhar.
Sumber : Pijie Mhar