Polis Tahan Remaja Palsukan Keputusan Ujian Covid-19, Alasan Taknak Kerja

| April 7, 2021 | 0 Comments

Polis Tahan Remaja Palsukan Keputusan Ujian Covid-19, Alasan Taknak Kerja | Baru-baru ini, polis menahan seorang ramaja perempuan berumur 19 tahun kerana memalsukan laporan keputusan ujian calitan Covid-19.

Polis Tahan Remaja Palsukan Keputusan Ujian Covid-19, Alasan Taknak Kerja

Menurut Harian Metro, ketua Polis Daerah Iskandar Puteri menerima maklumat seorang majikan di sebuah restoran menerima sebuah mesej menerusi aplikasi Whatsapp dari pekerjanya dengan menghantar sekeping gambar surat mendakwa positif Covid-19.

Susulan dari maklumat mesej tersebut, majikannya membuat keputusan untuk menutup restoran dan membawa 12 pekerja lain ke klinik bagi melakukan swab test.

Namun begitu, hasil keputusan swab test majikan dan pekerja lain didapati kesemuanya negatif. Majikan berkenaan terus menghubungi remaja tersebut dan mendapat individu tersebut menipu. Alasan yang diberikan adalah dia tidak mahu datang bekerja di restoran tersebut dan merasakan dirinya tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran.

Difahamkan, remaja tersebut baru sehari diterima bekerja di restoran terbabit. Susulan kes tersebut, remaja berkenaan akan disiasat oleh pihat polis dan dimohon perintah reman.

Polis Tahan Remaja Palsukan Keputusan Ujian Covid-19, Alasan Taknak Kerja

Sumber : Harian Metro, Twitter

Tags: , , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *