“Syurga Buatmu Si Anak Kecil..” Pemuda Temui Bayi Mati Di Hentian Bas

| April 7, 2021 | 0 Comments

“Syurga Buatmu Si Anak Kecil..” Pemuda Temui Bayi Mati Di Hentian Bas | Terbaru, seorang pemuda yang dikenali sebagai Him Akmal telah membuat satu hantaran di laman Facebook miliknya mengenai beliau menemui seorang bayi yang telah meninggal dunia di sebuah hentian bas.

Beliau yang ketika itu sedang mengedarkan nasi lemak percuma bersama rakan pasukan yang lain berasa curiga dengan sebuah kota yang diletakkan di tepi hentian bas tersebut.

Mari ikuti perkongsian beliau di bawah.

"Syurga Buatmu Si Anak Kecil.." Pemuda Temui Bayi Mati Di Hentian Bas

Syurga Buatmu Si Anak Kecil..

Tepat jam 10.00 pagi pada hari yang sederhana panas ni Team Anjung 336 seperti biasa akan buat edaran percuma Nasi Lemak 336 di bus-stop Jalan Kuala Selangor berdekatan Taman Barium.
Selepas 30 minit edaran dibuat semasa kami semua nak gerak balik, Him baru tersedar ada satu kotak Milo betul-betul di kawasan edaran kami. Him pun macam dapat rasa sesuatu lah.
Sebelum Him terdetik nak tendang perlahan-perlahan kotak tu actually memang dah terdetik dah mesti ada sesuatu dalam kotak milo ni sebab kotaknya nampak lawa macam tidak pernah disentuh.
Lepas tu Him cuba tolak kotak tu perlahan-lahan dan rasa macam berat je, rasa macam ada sesuatu dalam kotak ni. Him pun beranikan diri untuk bukak kotak tu dan ternampak ada beg dalam tu.
Dalam pada masa yang sama Him nampak bonjolan bulat kain putih seakan-akan membentuk kepala. Ternampak juga semut-semut mengerumuni beg dan ada keluar sedikit bau yang tidak menyenangkan juga pada masa tu.
Memang Him dan team semua rasa tak sedap hati dan bila kami masing-masing bertanya sesama kami, instinct kami pada masa tu semua sama. Then kami buat keputusan terus call pejabat polis yang berdekatan. Dalam beberapa minit kemudian pihak polis datang dan membuat siasatan. Lepas meneliti kotak dan beg tu pihak polis mengesahkan memang dalam bungkusan putih tu adalah bayi yang sudah tidak bernyawa pada masa tu.
Memang tak pernah Him sangka benda ni akan berlaku in real life pada Him. Pada pendapat Him bayi tidak seharusnya dibuang sebaliknya boleh diselamatkan dan diberi kepada keluarga angkat yang amat memerlukan bayi.
‘Mereka’ tidak bersalah dan nyawa mereka sangat berharga. Boleh hubungi hotline Talian Kasih 15999 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus ke lokasi untuk melihat apa yang dorang boleh bantu.
Semoga SYURGA buatmu Si Anak Kecil
"Syurga Buatmu Si Anak Kecil.." Pemuda Temui Bayi Mati Di Hentian Bas
"Syurga Buatmu Si Anak Kecil.." Pemuda Temui Bayi Mati Di Hentian Bas"Syurga Buatmu Si Anak Kecil.." Pemuda Temui Bayi Mati Di Hentian Bas"Syurga Buatmu Si Anak Kecil.." Pemuda Temui Bayi Mati Di Hentian Bas
Sumber : Him Akmal

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *