Lihat Positif Larangan Tazkirah Semasa Tarawih

| April 7, 2021 | 0 Comments

Lihat Positif Larangan Tazkirah Semasa Tarawih | Larangan supaya tiada tazkirah semasa solat tarawih perlu dilihat secara positif dan tidak wajar dipertikaikan oleh umat islam terutamanya dalam tempoh negara yang masih lagi berjuang untuk melawan serta membendung penularan pandemik Covid-19.

Lihat Positif Larangan Tazkirah Semasa Tarawih

GEORGE TOWN – Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Mohd Noor berkata, keputusan itu yang dibuat di dalam mesyuarat jawatan kuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman baru-baru ini bertujuan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadat solat sunat tersebut.

Katanya, solat tarawih itu dilakukan ketika aktiviti dan pergerakan  rakyat dibatasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mencegah penularan pandemik Covid-19.

Menurut beliau, menyampaikan tazkirah sewaktu solat tarawih bukanlah amalan yang wajib dilakukan sebaliknya ia boleh dibuat pada waktu-waktu lain yang lebih sesuai seperti selepas solat subuh, waktu dhuha, selepas solat zuhur dan sebagainya sepanjang bulan Ramadan ini.

Beliau turut mengulas dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan ketiadaan tazkirah semasa solat tarawih seperti diputuskan di negeri ini disebabkan oleh pengaruh DAP di negeri ini. Jelasnya, amalan seperti itu tidak pernah dilakukan oleh umat Islam pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yang dianggap sebagai generasi-generasi yang terbaik yang seharusnya menjadi ikutan umat Islam.

Tambah beliau, aktiviti-aktiviti lain termasuk ceramah dan tazkirah sewajarnya ditangguhkan buat sementara waktu.

Ramadan adalah peluang keemasan untuk umat Islam melakukan ibadah  sekaligus ingin meningkatkan kemantapan rohani dalam diri masing-masing.

“Ini adalah dengan melakukan amalan-amalan sunat, berpuasa pada siang hari manakala pada waktu malam pula dipenuhi dengan solat sunat dan ibadat-ibadat lain seperti yang disarankan dalam Islam.

“Umat Islam sepatutnya mengambil peluang daripada kehadiran bulan yang mulia ini dengan mengerjakan ibadat sebanyak mungkin terutamanya menghidupkan malam-malam Ramadan dengan membaca al-Quran, zikir dan sebagainya,” katanya.

Sumber : Kosmo 

 

 

Tags: , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *