Sekumpulan penyelidik menemui satu struktur ganjil yang kelihatan seperti sebatang jalan diperbuat daripada batu-bata dan berwarna kuning di dasar Lautan Pasifik, baru-baru ini.

Sekumpulan Penyelidik Temui Jalan Dipercayai Ke Atlantis

Sekumpulan kru kapal Nautilus dipercayai telah mengesan pembentukan batu itu menerusi sebuah kenderaan yang dikendalikan dari jauh untuk mengkaji Terumbu Karang Lili’uokalani Ridge Seamounts di Hawaii.

Para penyelidik menemui struktur tersebut yang terletak lebih 1,000 meter di dasar lautan itu.

Ekspedisi penerokaan itu kemudian disiarkan di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam rakaman itu kedengaran seorang saintis berkata, ia mungkin jalan untuk menuju ke Atlantis.

Atlantis ialah sebuah bandar yang hilang dan dipercayai musnah di dalam lautan berhampiran Selat Gibraltar di Mediterranean, menurut tulisan Plato.

Plato merupakan seorang ahli falsafah Greek dan beliau menulis tentang bandar tersebut kira-kira pada tahun 360 sebelum Masihi.

Walau bagaimanapun, pakar-pakar kini mempunyai penjelasan logik kerana mereka mengatakan ia adalah contoh geografi gunung berapi aktif purba.

Hal ini kerana struktur itu ditemui di kawasan gunung berapi dalam laut.

Sumber: Independent

Share.

Leave A Reply