Selepas Jeli, Kuala Krai Pula Dilanda Banjir | Kuala Krai dilaporkan telah menjadi daerah kedua di Kelantan selepas Jeli, dilanda banjir gelombang kedua, susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Selepas Jeli, Kuala Krai Pula Dilanda Banjir 

Susulan itu, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka mulai jam 2.30 petang ini yang setakat ini menempatkan 108 mangsa.

Difahamkan, beberapa kampung di daerah berkenaan dinaiki air termasuk Kampung Chuchuh Puteri, Kampung Mengkebang dan perkampungan Lata Berangin.

Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS berkenaan adalah Masjid Chuchuh Puteri, Madrasah Chuchuh Puteri A dan Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A.

Selepas Jeli, Kuala Krai Pula Dilanda Banjir 

Katanya, secara keseluruhan setakat jam 3.30 petang, seramai 809 mangsa daripada 222 keluarga yang dipindahkan di 10 PPS.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply