Selepas Menang Taruhan Piala Dunia, Lelaki Nekad Bakar Rumah Sendiri | Seorang lelaki di Indonesia nekad membakar rumahnya sendiri, disebabkan tidak berpuas hati dengan jumlah wang taruhan yang diterima.

Kejadian itu berlaku di Desa Tanaki Lindongan, Kecamatan Siau Barat Selatan di Sitaro, wilayah Sulawesi Utara pada Jumaat lalu.

Individu itu dikenali sebagai JD atau Joi dipercayai bertindak sedemikian kerana terlalu gembira setelah menang pertaruhan Piala Dunia 2022.

“Siasatan awal mendapati Joi bersama rakannya bertaruh 200,000 rupiah (RM57) ketika perlawanan antara Brazil dan Serbia.

Iwan Permadi, Ketua Polis Kepulauan Sitaro berkata kepada Detikcom pada Sabtu bahawa kemenangan akhirnya berpihak kepada Joi selepas pasukan Brazil berjaya mengalahkan Serbia 2-0.

Menurutnya, Joi kecewa selepas rakannya tidak memberikan jumlah wang seperti yang dijanjikan.

Beliau juga berkata, temannya hanya memberikan 120,000 rupiah (RM34). Joi kemudiannya membuat kecoh hingga ditegur oleh seorang imam.

Iwan jelas lagi bahawa dia yang berada di bawah pengaruh alkohol bagaimanapun tidak dapat menerima teguran itu lalu pulang ke rumahnya sambil menjerit-jerit.

Setibanya di rumah, Joi telah mengusir isteri dan anaknya sebelum mengambil botol berisi minyak tanah dan membakar kediaman keluarganya.

Akibat tindakan melulu itu, Joi ditahan pihak berkuasa kerana mengganggu ketenteraman awam dan turut mengalami kerugian dianggarkan berjumlah 5 juta rupiah (RM1,427).

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel Lain

Lelaki Ada Masalah Mental Hampir Rentung Rumah Terbakar

Lelaki Ada Masalah Mental Hampir Rentung Rumah Terbakar | Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental nyaris rentung apabila kediamannya di Batu 7, Tanjong Karang di sini, musnah terbakar malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 47 tahun dipercayai bersendirian di rumah tersebut dan berjaya keluar menyelamatkan diri.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 14 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dan Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.49 malam.

“Setibanya di lokasi, api didapati sedang marak memusnahkan keseluruhan rumah berkenaan.

“Kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit dan melibatkan 90 peratus kemusnahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Norazam, ketika kejadian abang mangsa yang berusia 49 tahun dipercayai tiada di rumah tersebut.

“Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian dapur dan disedari jiran berdekatan.

“Punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber : Kosmo

Baca juga artikel ini :

Rumah Didiami Sejak 25 Tahun Musnah Terbakar Di Panah Petir.

Rumah Didiami Sejak 25 Tahun Musnah Terbakar Di Panah Petir. | HULU TERENGGANU – Seorang wanita keluar rumah untuk menziarahi kematian saudaranya tergamam apabila rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Diman, Ajil di sini hari ini.

Kebakaran pada pukul 2.30 petang itu dipercayai berpunca daripada panahan petir yang mengenai rumah tersebut.

Timah@ Faridah Muda,69, berkata, hatinya luluh apabila dihubungi salah seorang jirannya tentang kebakaran tersebut.

“Saya diambil salah seorang anak yang tinggal berasingan untuk menziarah kematian saudara di Kampung Menerong, Ajil pada pukul 2 petang.

“Setengah jam kemudian, saya dimaklumkan rumah terbakar setelah disambar petir,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Timah berkata, dia kemudiannya bergegas pulang ke rumah sebelum mendapati api kebakaran begitu marak walau dalam keadaan hujan lebat.

Tambahnya, hatinya sayu menyaksikan rumah yang didiami sejak 25 tahun itu musnah terbakar tanpa dapat berbuat apa-apa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hanafi Mohd berkata, kebakaran terbabit memusnahkan 80 peratus dari rumah wanita warga emas itu.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply