Semoga Dijauhkan | Aku seorang financial planner, tak masuk umur 30an lagi tapi sipi lah di mana aku banyak uruskan plan2 kewangan untuk orang2 yang agak berduit.
Pelbagai jenis client yang aku jumpa dan kebanyakkan client perempuan
yang menggunakan khidmat aku ni banyak yang suka ajak aku berbual,
keluar makan sekali ada yang ajak bercuti juga.
Disebabkan aku tak kahwin lagi dan tak ada komitment rumah tangga so aku
banyak berkawan baik dengan client2 aku.
Dengan perempuan je okay aku buat benda2 ni dan akhirnya ada yang
meluahkan perasaan yang terbuku di hati diorang. Mungkin mereka rasa
terbeban, sedih, dan tiada siapa dapat mereka meluahkan.
Tapi Alhamdulillah setakat harini aku hanya mendengar dan sedikit pun
aku tak pernah cerita kepada orang lain. Inshaallah aku tak kan bagitahu
siapa pun mereka ni.
Cuma dalam ni aku cerita tanpa membongkarkan siapa mereka sebab tiada
siapa pun tahu aku siapa dan masalah-masalah mereka ni aku percaya ramai
wanita-wanita yang mengalaminya.
Kebanyakan adalah hal rumah tangga dimana suami2 mereka bermain luar
dengan erti kata lain curang dibelakang. Dunia akhir zaman mungkin.
Maksiat zina tu dah jadi perkara biasa dalam masyarakat kita. Kalaulah
ada hukum hudud maka makin berkuranglah lelaki di malaysia ni.
Tapi tak leh juga cakap mana tahu kalau ada hukum hudud maka ramai yang
takut nak buat maksiat. Kembali kepada cerita aku ni aku cerita antara
top 5 yang masih segar dalam ingatan aku. Malas nk cerita banyak ambil
yang random sahaja.
Top 5. Seorang suami bekerja sebagai director syarikat berumur lewat
40an. Maksudnya dah nak menjengah usia 50an dah pun.
Si isteri dapat tangkap suami dia ada bela sugarbaby. Muda lagi umur
20an. Sama usia dengan anak sulung diorang. Seram aku dengar dengan
budak2 remaja zaman sekarang.
Dulu masa aku belajar u pun ramai je yang ada sugar daddy. Nak hidup
mewah katakan. Puncanya isteri pun dah lewat 40an mana nak bergetah dan
boleh layan suami macam dulu2 dah. Si suami pulak nafsu masih tinggi.
Kenapa tak kahwin lain, entahla malas nak tanya.
Top 4. Seorang suami bekerja sebagai pegawai sektor kerajaan umur 30an
kantoi dengan isteri ada second handphone.
Dalam second handphone ni penuh dgn apps2 untuk langgan perempuan, chat2
dengan perempuan2 entah berapa banyak perempuan dah dia langgan. Pernah
bawa perempuan masuk rumah sendiri time isteri tak ada kat rumah.
Menangis-nangis si isteri ni cerita kat aku.
Puncanya si isteri kerap sakit macam sakit fibroid macam tu selalu
keluar masuk hospital. Macam tak kuatlah sangat diri dia so tak dapat
nak layan suami dengan elok. Kalau layan pun mesti ada hadnya.
Tak sangka suami macamtu perangai sebab depan2 pijak semut pun tak m4ti.
Tak mempunyai anak lagi sebab susah nak lekat. Kalau lekat mesti gugur.
Kesian client aku yang ni. Usaha juga nak ada anak. Pengorbanan wanita kan.
Top 3. Seorang suami bekerja sebagai arkitek tak adalah muda tak adalah
tua, si isteri seorang engineer. Ada anak2 yang masih bersekolah rendah.
Si suami kantoi ada perempuan lain dah berpuluh kali keluar masuk hotel.
Puncanya masing-masing sibuk, si isteri tak sempat nak layan suami sebab
banyak fokus kerja. Si suami pun sibuk tapi sempat pula pergi keluar
masuk hotel. Lagipun cerita dari isteri hubungan mereka memang dah lama
dingin, masing-masing buat hal sendiri kat rumah.
Bertahan dalam perkahwinan disebabkan anak-anak. Perlu ke reason
bertahan demi anak-anak tu. Entahlah aku pun tak kahwin lagi aku tak
tahu perasaan terhadap anak-anak tu macam mana.
Top 2. Seorang suami bekerja sebagai doktor. Yang ni cerita lebih kurang
cerita sis engineer yang confess tu. Kantoi banyak main dengan nurse,
doc pelatih pun ada. Nurse pelatih pun kena.
Apahal la gedik sangat semua2 perempuan muda2 tu la hai. Memanglah
lelaki dah gedik satu hal, yang kita ni perempuan boleh ke tidak jaga
maruah diri. Aduh teremo pula aku.
Isteri seorang cikgu umur awal 30an cantik je aku tengok. Isteri dia
cerita layan lelaki semua tip top macam layan raja tapi tak tahulah apa
puncanya suami boleh curang dibelakang.
Top 1. Suami seorang warga asing yang menetap di Malaysia berumur
pertengahan 40an. Bisnes sana sini di mana income lebih 30k sebulan
berkahwin dengan isteri warganegara Malaysia. Dah kahwin lebih 15 tahun.
Dulu masa mula-mula kahwin tak ada duit langsung sama-sama usaha sampai
dah berjaya sekarang. Isteri seorang suri rumah sepenuh masa sekarang.
Bila dah berjaya banyak duit langgan perempuan sana sini, banyak dah
kantoi dengan isteri tapi setiap kali kantoi isteri dia sentiasa
memaafkan sebab sayang sebab termakan pujukan.
Dah lebih 10x kantoi ada perempuan dibelakang isteri. Dah ada 4 orang
anak tapi perangai tak berubah pun.
Yang aku tak fahamnya si isteri tu kental sangat ke hati asyik memaafkan
je. Dahtu suami mampu asal tak bagi kahwin lain. Sebabnya sayang dan tak
rela bermadu. Entahlah malas nak jadi batu api dalam rumah tangga orang.
Point dia dekat sini yang aku boleh rumuskan untuk aku sendiri. Ni
pendapat aku lah.
Punca suami curang adalah,
1. ‘SEKS’ inilah punca segalanya. Tak pernah dengar pula curang
disebabkan nak menambah ilmu pengetahuan takpun sebab hobi minat kucing
so sama-sama suka bagi makan kucing2 tepi jalan makan. Takdenya.
2. Tak dapat kawal nafsu. Dapat kepuasan s3ks dengan lain-lain
perempuan. Kiranya hobi lah bertukar-tukar perempuan ni dan kalau kahwin
4 sekalipun aku percaya dia still akan cari kat luar juga.
3. Isteri punya kebanyakan dah longgar sebab dah beranak banyak kali.
Cari yang muda untuk kepuasan tapi still sayang isteri.
4. Yang haram lagi nikmat berbanding dengan yang halal.
5. Tak sedar diri lagi dan percaya esok-esok lah boleh bertaubat,
sekarang enjoy dahulu. Tapi aku selalu dengar kita ni bila dah umur 40an
kalau perangai jahiliah masih tak berubah maka hiduplah dengan perangai
tu sampai kem4ti.
Semua point-point adalah sebab 1 punca sahaja iaitu kepuasan SEKS. Aku
percaya bukan semua lelaki macamtu, ada ja lelaki yang baik yang boleh
jaga rumah tangga dengan baik dan tak semua perempuan baik.
Ada juga yang curang dibelakang suami cumanya kes perempuan curang aku
jarang dengar mungkin dalam 10 ada 2.
Punca perempuan layan suami orang.
1. Duit. Eleh ini je sebenarnya. Malas nak usaha sendiri guna cara mudah
jual tubuh (kasar pulak bahasa). Kira dapat dua2 lah duit pun dapat,
kepuasan pun dapat.
Kesian bakal suami korang dapat yang secondhand. Tak menghukum pun tapi
pandai2 lah jaga maruah diri tu sebagai perempuan.
2. Suami orang dia punya caring fuh memang no.1.. Mana aku tahu ni, ala
aku dah jumpa banyak orang dan aku tahu suami orang ni caringnya lain
macam sebab tu ramai yang terjebak dengan suami orang.
Yang single ni banyak yang ego, emo, ape benda lagi tah yang menyebabkan
perempuan menyampah. Tapi ingat la caring bukan sesaja, caring mesti nak
balasan juga. Paham-paham la sendiri.
3. Samalah tak sedar2 diri lagi fikir diri masih muda tak fikir kesan
masa hadapan. Penyakit, bala semua2 tu.
Kesimpulannya aku sampaikan semua cerita ni berdasarkan pengalaman aku
mendengar sendiri dan ada juga aku lihat dengan mata aku dimana salah
sorang client ajak aku intip suami dia. Memang terbukti suami dia keluar
dengan perempuan lain siap berpegangan tangan.
Bila seseorang start bercerita bermakna dia tidak mampu menanggung beban
sendirian dan bila dilepaskan aku boleh nampak yang mereka sedikit ceria.
Macam kaunselor rumah tangga pulak aku ni tapi aku mampu mendengar
sahaja. Nasihat tu bukan dibidang aku.
Maafkan aku andai aku meluahkan disini. Kalau yang terasa tu maaflah tak
niat pun nak menyindir dah terasa tu kenapa. Ada curang ke dibelakang
pasangan. Kalau ada mohon kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat.
– Wana-wani (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions