Aku Bukan Malaikat

| July 12, 2020 | 0 Comments

Aku Bukan Malaikat | Assalamualaikum. Sebelum aku mula, aku kenalkan diri aku. Aku Zaf, berumur 29 tahun. Bekerjaya. Seorang ibu anak 1 dan sedang mengandung, dan seorang bekas isteri. Ya, aku telah diceraikan semalam buat kali kedua.

Punca penceraian aku kemungkinan besar adalah dari aku. Aku mungkin
ada/ada (sebab aku belum dapatkan rawatan pakar) satu penyakit yang
orang panggil OCD. Aku ni tak tahulah OCD atau so called perfectionist.

Sebelum kahwin, ex aku tak tahu pun aku ni ada OCD. Dari bujang,
sampailah dah beranak satu ni perangai paling aku tak suka adalah orang
lain masuk bilik aku, baring atas katil aku atau usik barang-barang aku.

Aku sangat geli dengan orang yang tak tahu jaga kebersihan diri
lagi-lagi orang yang jenis malas mandi dan tak tahu bersuci dari hadas
dengan cara yang betul.

Aku banyak perhati orang lebih-lebih lagi dengan keluarga aku sendiri.
Keluarga aku jenis yang asal boleh saja, tak jaga kebersihan diri dan
rumah. Stress rasanya duduk satu rumah dengan orang yang tak reti jaga
kebersihan.

Lepas kahwin, ex aku ni bukanlah pengotor. Cuma perangai yang aku tak
suka, dia akan bawa handphone dalam tandas. Layan handphone sambil buang
hajat senang cerita.

Sebelum covid ni, aku dah tetapkan peraturan dalam rumah. Balik dari
tempat kerja atau dari mana-mana, sampai rumah terus mandi. Lepas mandi,
bersihkan handphone. Macam tu la hari-hari.
Ex aku pun dah biasa.

Nak cerita aku punya OCD ni sampailah ex aku stress dengan aku. Dia
pernah cakap “rawatlah diri tu, jangan sampai susahkan aku dan umar”.

Umar tu anak aku baru nak masuk 3 tahun. Umar ni dah biasa tengok mama
papa dia bergaduh. Tapi yang buruk pada pandangan umar sudah tentu mama.
Walaupun mama kena pukul, yang teruk macam orang gila tetap mama.

Kali pertama aku diceraikan disebabkan pertelingkahan kecil. 7/3/2018
atau 2019 aku pun dah lupa. (Penceraian ini tak didaftarkan)
Masing-masing ada ego.

Sejenis ex aku yang panas baran, bila marah dia akan provoke aku dengan
kata-kata DERHAKA, CELAKA DAN NERAKA. Kata-kata toksik ni dah jadi
makanan aku. Dan ya, dia pernah hina aku sebab aku anak luar nikah. Dan
aku takkan sentuh pasal tu.

Ya, aku memang melawan kata-kata dia. Dan aku memang tinggikan suara
dengan dia. Dia tak pernah hargai penat lelah aku. Dia tak pernah bagi
perhatian secukupnya dengan aku. Mental emosi fizikal aku burnt out. Aku
bekerja. Penat.

Balik kerja aku uruskan rumah. Rumah aku sentiasa bersih. Dan aku memang
naik angin kalau dia sepahkan. Sejenis ambik barang tak reti kemas
balik. Dan kalau kemas pun asal boleh saja. OCD macam aku akan sakit
mata, sakit hati. Penat-penat kemas, dia suka hati sepahkan.

Dan semalam dia hambur kata-kata tepat dan jelas. AKU CERAI KAU. Dan
itulah penceraian kali kedua. Dan ada 1 talak lagi maka kami takkan
dapat jadi suami isteri lagi.

Sebelum dia ceraikan aku, dia sempat pukul aku, hempap aku dengan
kerusi. Ya, aku tak lawan aku biar saja. Sebab 22/6 ni pun dia ada pukul
aku. Tumbuk mata aku sampai lebam. Kepala aku benjol. Bibir aku berdarah.

Ak MC tak datang kerja. Tapi seorang pun tak tahu dia pukul aku. Yang
jadi saksi, yang nampak gilanya aku masa tu sudah tentu umar. Sampai
umar tak mahu dekat dengan aku. Aku dah hampir meroyan, teriak, cakap
yang bukan-bukan.

Aku sedih dan rasa berdosa sangat. Umar sekecil itu yang tidak tahu
apa-apa hanya berkata, “Mama marah.. mama marah…” Umar tengok aku naik
gila. Tapi sebelum aku jadi macam tu memang ex aku dah provoke siap-siap
sebab tu aku tak dapat kawal diri aku. Naik hantu. Jerit-jerit.

Dan ya, kena pukul sebab aku melawan cakap dia. Dia cakap aku isteri tak
reti hormat dia. Dia mahu aku hormat dia, tapi dia abaikan perasaan aku.

Aku merajuk dia tak pernah pujuk. Bayangkan selama aku kahwin aku selalu
pujuk diri aku sendiri. Aku cuma mahukan perhatian. Dia kerap sentuh
handphone berbanding aku. Aku tahu aku dah tak cantik, gemuk, dah tak
macam anak dara dulu.

Dia panas baran. Dia pukul aku bila aku melawan. Aku sebenarnya
sayangkan dia. Sayang sangat-sangat.

Tapi tu lah, dia bukan jenis romantik, jenis caring, jenis yang manjakan
isteri dan aku pula perlukan semua itu. Aku dengan masalah OCD lagi. Aku
dah banyak kali fikir nak bvnvh diri. Anak pertama aku berpantang
sendiri (aku yang pilih), aku kurang support dan perhatian dari dia.

Sampai ada suara halus bisik “bvnvh anak kau…pukul lagi..pukul lagi…”
Aku stress dengar tangisan umar. Umar pulak jenis yang suka bonding
dengan aku, susu badan sepenuhnya.

Dia sepanjang malam lena tidur, aku bersengkang mata. Bangun pagi aku
urus semua tinggal dia balik mandi, makan, solat dan urus baju kerja dia
(seterika) tu ja yang aku tak sempat buat. Aku cuba jadi isteri yang
berbakti, jadi isteri yang solehah. Tapi ya, aku bukan malaikat.

Lepas dia ceraikan aku semalam, aku halau dia keluar. Tapi kalau aku tak
halau pun, memang dia akan keluar rumah. Dia bawa beg, baju kerja dia.
Aku tak tahu dia tidur mana.

Pagi ni, dia ambik umar hantar ke pengasuh. Aku yang minta. Sebab aku
tak boleh dekat dengan umar. Nanti aku apa-apakan umar. Aku sayang umar.
Sayang sangat. Tapi aku bukan ibu yang baik.

Kandunganku sekarang tinggal tunggu minggu saja. Moga anak mama kuat.
Mama pun tak kuat takut apa-apakan adik. Sampai mama fikir nak tikam
diri. Kita m4ti dekat ruang tamu. Papa dan umar balik kita dah tak
bernyawa. Nanti jadi kes polis.

Mama masih waras cuma mama perlukan masa untuk tenangkan diri mama.
Andai mama dapat pergi jauh, mama mau bawa diri mama pergi tempat yang
orang takkan kenal mama…

Mungkin penceraian kali kedua ini aku akan daftarkan. Tapi ya, sudah
tentu malu… Aku perlukan nasihat dan bimbingan apa yang perlu aku buat…
Aku masih solat, cuma doaku kurang… aku dah hampir putus asa.

Ex aku seakan-akan tak mahu aku. Masih marah. Masih biarkan aku… Aku
mahu bawa diri… tapi kemana harusku pergi? Aku terikat dengan tugas dan
tanggungjawab tempat kerja. Dan sudah tentu aku akan merindui Umar…

Aku tak tahu apa pengakhiran kami. Adakah dia akan rujuk aku kembali?
Atau… kami berpisah baru nak masuk 4 tahun kahwin… Bantu aku, nasihati
aku, doakan aku…

Terima kasih.

– Zaf (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *