PETUA HILANGKAN KUTU BERAS

| July 12, 2020 | 0 Comments

Petua Hilangkan Kutu Beras | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kutu beras ni kadang-kadang boleh menyakitkan hati. Ye la, baru je beli beras tu tengok-tengok dah ada kutu beras kat dalam beras kita tu. Banyak pulak tu. Dah jadi satu kerja pulak nak kena asingkan satu-satu masa cuci beras tu. Tensionnya macam mana nak hilangkan kutu beras tu. Sebelum ia merosakkan beras kita, kena cari jalan untuk halau kutu beras tersebut. Jangan risau lagi, jom min kongsikan cara untuk halau kutu beras tersebut.

Berikut merupakan cara untuk hilangkan kutu beras:

1. Daun Limau Purut

Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya.

Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat!

2. Asam Keping

Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak nyaman.

Selain itu, boleh juga menggunakan daun asam jawa dengan cara yang sama.

3. Daun Pandan

Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras anda.

Anda juga boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

4. Cili Kering

Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras anda.

Rasa pedas dan panas ini tentunya akan menjadikan kutu beras tidak selesa. Namun, pastikan anda menggantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.

5. Kulit Kayu Manis

Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras anda.

6. Jemur Bawah Matahari

Jika anda mendapati terlalu banyak kutu beras dalam beras tersebut, anda boleh cuba cara ini.

Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik. Kutu beras akan berpusu-pusu keluar dari beras. Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper.

Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.

7. Gunakan Kain Lembap

Salah satu cara hilangkan kutu beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Anda akan mendapati kutu-kutu akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kutu sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kutu tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kutu beras.

Anda juga boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.

8. Masukkan Beras Dalam ‘Freezer’

Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Barangkali ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut.

Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa.

Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.

Simpan Beras Dengan Betul

Pentingnya untuk menyimpan beras dengan betul untuk mengelak dari dimasuki kutu beras.

 

Sumber: SirapLimau

Tags: , , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *