CARA HALAU LIPAS DARI RUMAH

| July 12, 2020 | 0 Comments

Cara Halau Lipas Dari Rumah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selalunya cara halau lipas yang kita nampak adalah dengan menggunakan semburan racun serangga ataupun perangkap lipas yang ada gam tu. Ada juga yang gunakan racun lipas bentuk bulat-bulat, yang lebih dikenali sebagai ubat lipas atau ubat gegat. Kalau ada ubat ni lipas memang akan lari disebabkan baunya, kalau lipas makan pula memang akan mati sebab ada racun. Kali ni kita tengok pula petua yang selamat untuk digunakan kerana tak ada racun atau bahan yang berbahaya.

Kiranya petua-petua ni lebih selamat kalau ada budak kecil di rumah ataupun kalau nak guna di kawasan dapur.

1. Daun Pandan

Koyakkan atau hiris nipis daun pandan dan letakkan di kawasan yang banyak lipas seperti dalam laci atau kabinet.

Lipas akan lari selepas membau daun pandan, dan tak akan membiak lagi di rumah anda.

 2. Buah Pelaga dan Kulit Kayu Manis

Ambil beberapa biji buah pelaga dan tumbuk sedikit dengan kulit kayu manis.

Letakkan di kawasan yang tersorok dan gelap dan bau daripada bahan tersebut juga akan dapat menghalau lipas pergi dari situ.

3. Lemon

Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat gelap yang selalu ada lipas, macam kabinet atau laci. Selain daripada menghalau lipas, lemon juga akan menyegarkan bau kabinet dan laci anda.

Bila lemon tu dah kering, gantikan dengan lemon yang baru je lah!

4. Daun Bay

Daun bay juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Ambil beberapa helai daun bay dan tumbuk hingga halus. Lepas tu, taburkan daun tu di kawasan yang ada lipas.

5. Baking Soda (Sodium Bikarbonat) dan Gula

Campuran kedua-dua bahan ni boleh membunuh lipas. Gunakan nisbah 1:1, dan letakkan campuran tu di kawasan yang banyak lipas.

Gula akan menarik lipas untuk memakan, dan baking soda pula akan membunuhnya.

6. Serai Wangi

Lipas memang bencikan bau wangi! Jadi anda boleh siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas.

Bau dari serai wangi akan memastikan yang lipas tak akan datang lagi ke situ.

7. Timun

Yang ni sangat mudah sebabnya bila nak makan timum, selalunya kita akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tu kan?

Lepas ni, jangan buang lagi, dan gunakan untuk menghalau lipas. Letak je di tempat yang anda rasa ada lipas.

8. Air Sabun

Air sabun ni bagus juga sebab satu, lipas memang tak suka bau wangi, dan dua, air tu boleh membunuh lipas.

* Caranya, letakkan air sabun dalam botol spray dan bila nampak lipas terus sembur je atas dorang.

Selalunya lipas akan cepat mati kalau kena sembur dengan air sabun sebab lubang pernafasan lipas akan tertutup.

 

Itu sahaja antara beberapa petua yang ingin kami kongsikan. Semoga dengan semua petua ni dapatlah membantu anda dalam menyelesaikan masalah lipas yang ada di rumah.

Sangatlah penting juga untuk anda menjaga kebersihan supaya tak menarik perhatian lipas untuk datang bertandang. Selamat mencuba!

 

Sumber: PropertyGuru

Tags: , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *