Senjata Pejuang Hamas Dipamerkan Di Gaza | Para pejuang Hamas telah mengadakan perbarisan tentera di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza. Perbarisan itu telah diadakan seminggu selepas gencatan senjata dengan israel dilaksanakan.

Senjata Pejuang Hamas Dipamerkan Di Gaza

Anggota Briged Ezzedine al-Qassam yang bertopeng, angkatan bersenjata Hamas iaitu kumpulan yang mentadbir Gaza berarak melalui bandar selatan, dengan memegang senjata.

Sekumpulan orang awam yang terdiri daripada golongan wanita, kanak-kanak bersorak sebagai tanda sokongan semasa perarakan Pejuang Hamas yang berarak mempamerkan senjata ketenteraan dengan menaiki pikap termasuk pelancar roket dan dron.

Gencatan senjata yang dipimpin Mesir berkuat kuasa 21 Mei lalu dilaksanakan selepas 11 hari pengeboman Israel di Gaza dan tembakan roket ke arah Israel sepanjang pesisiran pantai bermula 10 Mei.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan Israel ke atas Gaza mengorbankan 248 rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, dan mencederakan lebih 1,900 orang. Dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa serangan roket dan tembakan dari Gaza yang berlaku telah meragut nyawa 12 orang penduduk israel.

Antara 12 orang yang menjadi mangsa itu termasuklah seorang kanak-kanak, seorang remaja arab israel, seorang warga India; dan dua warga Thailand dan kira-kira 357 orang dilaporkan cedera. Walau bagaimanapun, wujud pertikaian mengenai jumlah sebenar pejuang dan orang awam yang terkorban di Gaza.

Hamas mengadakan beberapa siri demonstrasi pasca gencatan senjata di seluruh Semenanjung Gaza termasuk di Khan Yunis dan juga di wilayah selatan yang disekat Israel.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply