Seorang Budak Lelaki M@ut Disengat Kala Jengking Berbisa | Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia setelah disengat oleh spesies kala jengking yang paling berbahaya di dunia dalam kejadian Anhembi, Sao Paulo baru-baru ini.
Menurut laporan Metro UK, mangsa dikatakan sedang bersiap-siap untuk pergi berkhemah bersama keluarganya sebelum dia tiba-tiba mengerang kesakitan.
Setelah diperiksa, seekor kala jengking Brazil yang dikenali sebagai Tityus Serrulatus ditemui di dalam kasutnya.
Ibu mangsa berkata bahawa dia terkejut apabila mendengar anaknya tiba-tiba menjerit kesakitan.
Ibunya mencerita bahawa disebabkan mereka tidak menemui apa yang menyengat kakinya, mereka terus mencari puncanya.
Namun kaki anaknya mula bertukar merah dan mengadu bahawa kesakitan yang dirasakan semakin bertambah.
Ibunya lapor kepada media tempatan, saat itulah beliau yakin kala jengking yang telah menyengatnya dan beliau perlu mencari kala jengking tersebut.
Susulan kejadian itu, ibu bapa mangsa terus bergegas ke Fakulti Perubatan Universiti Sao Paulo dan mangsa dimasukkan ke unit pediatrik.
Setelah menerima rawatan, kesihatannya sudah mula beransur pulih pada keesokan harinya.
Ibu mangsa memberitahu bahawa anaknya sudah membuka mata dan cuba bercakap dengannya.
Tambah ibu mangsa yang beliau sempat menciumnya namun anaknya terpaksa dibius semula kerana anaknya kelihatan sangat gelisah.
Pun begitu, keadaan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu menjadi semakin teruk, setelah mengalami beberapa serangan jantung.
Tidak lama kemudian, budak lelaki itu disahkan meninggal dunia pada 25 Oktober lalu.
Spesies kala jengking Brazil, Tityus Serrulatus dipercayai mempunyai racun berbisa yang sangat toksik dan boleh membawa maut.
Terdahulu, jumlah manusia yang pernah dilaporkan disengat oleh kala jengking di seluruh dunia telah meningkat dari 12,000 pada tahun 2000 kepada 140,000 pada tahun 2018.
Sumber: Siakap Keli