(Video) Pengantin Lelaki Batal Perkahwinan Kerana Didatangi Bekas Teman Wanita | Portal berita Wolipop melaporkan bahawa sebuah klip video viral di media sosial Indonesia memaparkan seorang pengantin lelaki yang didakwa membatalkan majlis perkahwinan kerana didatangi bekas teman wanita mendapat komen netizen yang berbeza, di Indonesia.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @nyinyir_update_official.
Dalam video itu dapat melihatkan bahawa seorang wanita yang memakai baju hitam dilihat menangis dan memeluk pengantin lelaki.
Perkahwinan itu tular kerana dia didakwa sebagai bekas teman wanita kepada pengantin lelaki yang tidak mahu berpisah.
Dalam video itu juga memberi keterangan bahawa batalkan perkahwinan kerana bekas teman wanita tidak mahu berpisah. Peluk, cium dan minta perkahwinan dibatalkan.
Video tersebut juga mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Kebanyakkan netizen memberitahu bahawa wanita tersebut adalah adik kandung kepada pengantin lelaki, bukan bekas teman wanitanya.
Dia dikatakan menangis kerana salah seorang orang tua mereka baru sahaja meninggal dunia.
Seseorang netizen menyatakan bahawa itu adiknya. Seminggu sebelum nikah ibunya meninggal dunia. Oleh itu, video itu dirakam pakcik dan makcik mereka.
Sumber: Kosmo