Seorang Lelaki Maut Tersangkut Di Pokok Tualang Semasa Cari Madu Lebah | PASIR PUTEH – Seorang lelaki maut selepas tersangkut di atas pokok tualang setinggi 24 meter semasa mencari madu lebah di Kampung Cabang Tungkat, Bukit Lapan di sini kelmarin.
Meninggal Dunia Sebelum Sampai ke Sarang Lebah
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Che Hussin Hassan, 62, atau dikenali sebagai Hussin Leboh meninggal dunia sebelum sempat ke kawasan sarang lebah di pokok tersebut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.09 petang tadi.
Menurutnya, seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Machang bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menurunkan mangsa.
Tersangkut Di Pokok Tualang Tinggi 24 Meter
“Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati tersangkut di atas pokok tualang setinggi 24 meter dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Anggota bomba mengambil masa lebih enam jam sebelum dapat membawa turun mangsa kira-kira pukul 7.20 malam,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Zainal memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.
Katanya, mayat mangsa m diserahkan kepada pihak polis pada kira-kira pukul 8.12 malam untuk tindakan lanjut.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Lelaki M4ut Jatuh Dari Pokok Tualang Setinggi 30 Meter Ketika Ambil Madu Lebah
Lelaki M4ut Jatuh Dari Pokok Tualang Setinggi 30 Meter Ketika Ambil Madu Lebah | GUA MUSANG – Seorang pencari madu lebah maut selepas terjatuh pada ketinggian lebih 30 meter dari atas sebatang pokok tualang, di dalam hutan Kampung Meranto, di sini awal pagi tadi.
Mayat mangsa, Abdullah Che Nah, 35, dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas banir pokok tualang kira-kira pukul 1.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama dua lagi rakannya pergi ke Kampung Meranto untuk mengambil madu lebah pada pukul 12.18 tengah malam.
Katanya, mangsa yang juga bekerja sebagai buruh kampung telah memanjat pokok tualang setinggi kira-kira 30 meter untuk mengambil madu lebah yang merupakan sumber mata pencariannya.
“Ketika proses mengambil madu lebah, mangsa dipercayai tiba-tiba terjatuh di atas akar banir pokok tualang tersebut.
“Rakan-rakannya pergi ke arah mangsa yang berada dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Bertam di sini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Choon Foo memberitahu, hasil pemeriksaan di sekeliling pokok tualang dan tubuh badan mangsa mendapati, tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian lelaki itu.
Katanya, pihak Klinik Bertam Baru yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang, di sini, untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.
BACA JUGA :
Seorang Warga Emas Meninggal Dunia Terjatuh Dari Pokok Kelapa
Seorang Warga Emas Meninggal Dunia Terjatuh Dari Pokok Kelapa | Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pokok kelapa setinggi 20 meter di Kampung Jal Kechik, di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi, mangsa, Abdul Mutalib Hussin, 69, ditemui terbaring atas tanah oleh pemilik kebun kelapa.
Ahli keluarga mangsa, Sabri Ya, 56, berkata, dia dihubungi pemilik kebun kelapa itu yang memaklumkan kejadian itu.
sedarkan diri dan saya percayai dia terjatuh ketika sedang memetik kelapa.
“Dia tidak berkeluarga dan bekerja sebagai pemetik kelapa sejak beberapa tahun lalu di sekitar kampung ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam
Sabri berkata mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, hasil siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
“Mangsa disahkan meninggalkan dunia oleh Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dan hasil proses bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada paru-paru dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.
Sumber : KMN