Seorang Lelaki Terkejut Ada Kuku Tajam Menembusi Siling Rumahnya.

| January 10, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki Terkejut Ada Kuku Tajam Menembusi Siling Rumahnya. | CANBERRA, Australia – Seorang lelaki di Australia menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambar kuku tajam seakan-akan milik serigala jadian yang menembusi siling sebuah kediaman di laman Reddit.

Menurut laporan akhbar The Sun UK kelmarin, rata-rata pengguna Reddit yang melihat gambar itu menyatakan mereka kini berasa bimbang sehingga tidak mampu tidur lena.

Ada juga yang menyifatkan misteri cakar tajam dengan tapak kaki berbulu itu menyebabkan mereka mimpi buruk.

“Saya rasa seperti ada satu pembunuhan akan berlaku,” tulis seorang pengguna.

“Adakah itu kuku serigala jadian?” komen netizen lain.

Bagaimanapun, pemilik gambar memberi penjelasan bahawa kuku tajam berbulu itu sebenarnya milik haiwan possum yang cuba memasuki rumahnya melalui siling.

“Ada possum sebenarnya cuba masuk ke rumah dan ber­kenalan menerusi siling tandas,” tulisnya.

Possum biasanya menggunakan kuku tajam untuk memanjat pokok tinggi dan melindungi tempat tinggalnya daripada penceroboh. – Agensi

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, PELIK, SERAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *