Seorang Pegawai Bomba Kena Renjatan Elektrik Semasa Padam Api Kebakaran | Kota Kinabalu: Dua lelaki termasuk pegawai bomba terkena renjatan elektrik dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dan bengkel di Sembulan Tengah, di sini, kelmarin.
Seorang Lagi Lelaki Kena Renjatan
Mangsa, Mohd Ralie Abdul Manap yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama seorang lagi lelaki dilaporkan terkena renjatan ketika operasi memadam kebakaran dijalankan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Hamsa Isnurdini berkata, kedua-dua mangsa diberikan rawatan oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan lanjut.
“Mangsa terkena renjatan elektrik ketika menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.
“Seorang lagi lelaki dewasa yang turut berada di lokasi kejadian turut terkena renjatan,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.
Beliau berkata, kebakaran jam 12.38 tengah hari itu membabitkan sebuah rumah dua tingkat dan bengkel membaiki kenderaan.
Rumah Dua Tingkat Dan Bengkel Musnah
“Sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, sepasukan pegawai dari BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam.
“Operasi turut mendapat bantuan daripada BBP Lintas dan BBP Penampang,” katanya.
Menurutnya, kebakaran dapat dikawal pada jam 1.22 tengah hari namun rumah dua tingkat jenis separuh kekal dan bengkel di tingkat bawah musnah sepenuhnya.
“Turut terjejas lima kenderaan milik penghuni selepas terkena api,” katanya.
Sumber : HM
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Lelaki Bawa Motosikal Maut Dilanggar Kereta Dan Lori Serentak
Lelaki Bawa Motosikal Maut Dilanggar Kereta Dan Lori Serentak | GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah kereta dan sebuah lori di Kilometer 13, Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) menghala ke Ampang, di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian pukul 9.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.
Kereta dari kanan tukar lorong
Kata beliau, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun berada lorong tengah dari arah Batu Caves menghala Ampang.
“Apabila sampai di tempat kejadian, telah datang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita tempatan berusia 48 tahun dari lorong paling kanan.
“Pemandu tersebut dipercayai telah mengubah laluan masuk ke lorong tengah dan telah terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Noor Ariffin, akibat daripada kemalangan itu, mangsa telah terseret bersama motosikalnya ke lorong kiri dan telah dilanggar oleh sebuah lori.
“Lori tersebut dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ketika berada di lorong kiri jalan,” ujarnya.
Meninggal dunia tempat kejadian
Ariffin berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Selayang.
“Pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556.
“Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.
BACA JUGA :
Lelaki Bawa Motosikal M4ut Kemalangan Dilanggar Kereta Vios | KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang masuk persimpangan secara tiba-tiba di kilometer sembilan, Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Mohd Razif Idris, 37, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dari arah Taman Jemapoh Indah menghala ke Taman Jemapoh Lama.
“Manakala motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang oleh seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Felda Raja Alias menghala ke Melang.
“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa motosikal sedang bergerak terus, tiba-tiba kereta telah masuk ke simpang kanan arah ke Taman Jemapoh Lama secara mengejut dan berlaku perlanggaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Amran, akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Penangkutan Jalan 1987.
Sumber: KMN