Seorang Pemandu Lori Maut Dlm Kemalangan Lori Bertembung Van | Kuching: Pemandu lori maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah van di simpang Kelaoh, Lundu, kelmarin.

Mangsa Tersepit Dalam Lori

Mangsa, Azirul Shamsul Tahir, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan manakala pemandu van, Chin Kai Yiu, pula hanya mengalami cedera ringan

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.10 tengah hari.

Mangsa Meninggal Dunia Di Tempat Kemalangan

Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi didapati seorang mangsa lelaki tersepit di dalam lori manakala mangsa di dalam van berjaya keluar sendiri sebelum bomba tiba di lokasi.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian menggunakan peralatan RTA sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber : HM

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pasangan Suami Isteri Warga Emas Maut Rempuh Belakang Lori

Pasangan Suami Isteri Warga Emas M4ut Rempuh Belakang Lori | Sepasang suami isteri warga emas maut manakala anak lelaki mereka cedera parah setelah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 392.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini malam tadi.

pasangan wargaemas

Mangsa Cedera Parah Di Bahagian Kepala

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, Mohd. Ghani Ismail, 68, yang merupakan pesara kerajaan dan isterinya, Minah Abdullah,69, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Anak lelaki mereka, Mohd. Hafizie, 32, yang memandu Toyota Hilux itu pula patah kedua-dua belah kakinya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Hasmerra Hassan berkata, sewaktu kejadian, tiga beranak tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Tok Rimau, Pengadang Buluh, Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Toyota Hilux dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan hampas kelapa sawit.

Anak Mangsa Tersepit Dalam Kereta Remuk

“Impak rempuhan itu menyebabkan pasangan suami isteri warga emas (Mohd. Ghani dan Minah) masing-masing berada di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang tersepit di dalam kenderaan yang remuk teruk,” katanya di sini hari ini.

Hasmerra berkata, mayat Mohd. Ghani dan Minah kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut.

 

BACA JUGA :

2 Beradik Meninggal Dunia Selepas Dilanggar Oleh Lori Tangki Minyak.

KUANTAN: Kecuaian pemandu lori tangki minyak dipercayai punca dua beradik yang berasal dari Felda Lepar Hilir 1 di sini maut setelah kereta dinaiki mereka dilanggar kenderaan berat itu di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir di sini malam tadi.

Dua beradik meninggal dunia

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Siti Mazurah Zulkifli, 30, yang merupakan seorang pramusaji dan Siti Nur Alia Saffiyah, 18, yang bekerja sebagai jurujual meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, pemandu lori terbabit dikatakan datang dari arah Muadzam Shah, Rompin menuju ke stesen minyak Petron Gambang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba pemandu lori hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua mangsa dalam kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari juga berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan dipandu sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku.

“Pemandu lori terbabit sudah ditahan bagi membantu siasatan. Keputusan ujian air kencing terhadap lelaki itu negatif dadah. Keterangan pemandu lori berkenaan sudah diambil dan lori dipandu akan di bawa ke Puspakom untuk pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 11.21 malam.

Beliau berkata, susulan maklumat diterima, lapan anggota bomba pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dibantu BBP Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi menyelamat mangsa kemalangan terlibat.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply